Fatwa anti Syiah yang bakal digezetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.
Tegas Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir tindakan tersebut bagi mengekang pengikut Syiah dari terus menyebar fahaman tersebut terhadap orang Islam yang rata-rata mengikut fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menurut beliau jika seseorang itu berfahaman Syiah sejak kecil seperti orang Iran ianya tidak menjadi masalah asalkan tidak menyebarkan fahaman tersebut di negeri ini.
“Sebenarnya saya nak buat perbandingan atau penjelasan mengenai tindakan dengan apa yang dimaksudkan ialah kita tak soal pada seseorang itu dari lahir lagi berada didalam Syiah. Namum menjadi pertikaian sekarang ni adalah sekiranya mereka-mereka yang menyumbangkan fahaman Syiah ini cuba untuk mempengaruhi umat Islam di negeri Kedah yang rata-ratanya dari kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah,” kata Mukhriz.
Mukhriz berkata fatwa yang menolak ajaran Syiah telah diwartakan pada tahun 1998 dan tiada enakmen yang sesuai menyebabkan mereka (orang yang sebar Syiah) tidak dikenakan tindakan undang-undang.
Khamis lepas, kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk menggazetkan fatwa anti Syiah bagi mengekang penyebaran ajaran itu dalam kalangan rakyat terutamanya umat Islam berfahaman Sunnah di negeri ini.
Tindakan itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif pergerakan Islam dikenali sebagai As-Sajjad yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri mahu mewartakan fatwa anti Syiah dan mengharamkan Taifah Syiah sebagai mencabuli hak asasi manusia.
Mukhriz yang ditemui ketika turun padang untuk melawat sebuah asrama Maahad Tahfiz di Tikam Batu yang terbakar 15 Julai lalu yang turut mengorbankan seorang pelajarnya berusia 13 tahun.
Pada majlis tersebut Mukhriz turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada Maahad tersebut dan turut menyampaikan sumbangan kepada 20 pelajar tahfiz.
Astro Awani
Sun Jul 21 2013
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Mukhriz: Kedah adakan konsultasi sebelum TPPA ditandatangani
Kerajaan negeri Kedah telah mengadakan konsultasi beberapa kali dengan kerajaan Persekutuan sebelum sebelum perjanjian perkongsian trans-pasifik (TPPA) ditandatangani.
Najib akan lancar majlis kibar Jalur Gemilang esok di Kedah
Majlis kibar Jalur Gemilang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Fatwa anti Syiah bakal digezetkan di Kedah
Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata tindakan tersebut bagi mengekang pengikut Syiah dari terus menyebar fahaman tersebut.
Mukhriz Mahathir angkat sumpah MB Kedah baru
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.
Bidang automotif fokus utama menjelang 2020
Malaysia berpotensi untuk menjadi pusat pengembangan automotif bagi rantau Asia.