SERDANG: Pertandingan Felda Robotic Challenge 2024 (FRC) berupaya mengasah kemahiran kreativiti dan teknikal generasi muda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), selaras hasrat kerajaan memperkasakan semua sektor dengan kemahiran digital agar tetap berdaya saing dan kompetitif.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pertandingan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Felda Digital Maker Hub - Coding and Robotic dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang mendukung pendidikan digital dalam kalangan murid dan guru.
"Impak daripada program ini sangat positif khususnya dalam memperluas akses pendidikan digital sekali gus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid kita, sesuai dengan keperluan zaman.
"Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus bekerjasama dengan Felda dan pihak-pihak lain untuk memperkukuhkan lagi sistem pendidikan negara. Usaha untuk meningkatkan literasi teknologi, memperluas akses pendidikan digital, dan menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran akan terus diperhebat," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan ketika merasmikan FRC 2024 dan penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di sini semalam..
Fadhlina berkata kejayaan pertandingan itu yang disertai 80 sekolah dari kawasan Felda termasuk lima sekolah menengah dan 75 sekolah rendah dari seluruh negara membuktikan generasi muda Felda memiliki bakat dan potensi besar dalam bidang robotik.
Beliau juga berharap Felda, MDEC dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program itu dapat berganding bahu memastikan kecemerlangan dan kelestarian pendidikan berteraskan digital diberikan pendedahan lebih banyak kepada murid khususnya di sekolah di kawasan Felda.
Terdahulu, Azman turut menyampaikan anugerah kepada 10 sekolah terbaik di kawasan Felda yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2023 dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Wilayah Jengka menerima Anugerah Pencapaian Sekolah Terbaik.
Beliau turut menyampaikan hadiah berbentuk cek cura berjumlah RM1,000 dan sijil penghargaan kepada 29 pelajar di kawasan Felda yang memperoleh keputusan cemerlang SPM 2023 selain menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi FRC.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Azman berucap pada Majlis Perasmian Felda Robotic Challenge 2024 di MAEPS Serdang, Serdang, 13 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Felda Robotic Challenge 2024 asah kemahiran kreativiti generasi muda
Pertandingan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Felda Digital Maker Hub - Coding and Robotic dengan kerjasama MDEC.