Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan fenomena air pasang yang dijangka boleh menyebabkan banjir.
Fenomena itu diramalkan berlaku selama tiga hari minggu ini bermula Selasa sehingga Khamis.
Komander Operasi Kanan JBPM Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata rondaan dan pemantauan turut dilakukan di kawasan berisiko yang menjejaskan penduduk.
Katanya, pihaknya turut bersedia bagi menghulurkan bantuan memindahkan mangsa yang terlibat.
"Kita telah menggerakkan pasukan-pasukan kita sepanjang pesisir pantai daripada daerah Besut sehingga ke Kemaman.
"Pasukan kita melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko berlakunya kenaikan paras air, yang akan menjejaskan penduduk, supaya berwaspada dengan fenomena ini," kata Mohamed Zulkhairul.
Beliau turut mengingatkan penduduk agar sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan semasa, ekoran bimbang kadar hujan serta fenomena air pasang akan menyebabkan kenaikan paras air.
Jelasnya, selain menghadapi bencana banjir, pihaknya juga memberikan komitmen yang tinggi dalam kes kebakaran dan kemalangan jalan raya.
"Dalam tempoh monsun timur laut, walaupun sepanjang tempoh bencana banjir, kita juga masih menerima panggilan-panggilan kecemasan berkaitan dengan pemadaman kebakaran kediaman," katanya.
Sepanjang tempoh 10 hari bermula 27 November, sebanyak 25 kes kebakaran telah direkodkan termasuk dua buah kediaman.
Beliau turut menasihatkan mangsa banjir agar berhati-hati dalam menggunakan kembali peralatan elektrik yang ditenggelami air bagi mengelak insiden tidak diingini.
Astro Awani
Tue Dec 05 2017

Mohamed Zulkhairul mengingatkan penduduk agar sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan semasa, ekoran bimbang kadar hujan serta fenomena air pasang akan menyebabkan kenaikan paras air. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa berpindah ke PPS
Di daerah Kemaman, seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara.

PPS Sungai Bedaun dibuka selepas hujan bertembung air pasang
Sebanyak 14 keluarga yang mendiami 12 buah rumah telah diarahkan berpindah, apabila air telah memasuki ruangan di dalam rumah.

Pencari siput ditemui lemas selepas 12 jam hilang
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 1.49 pagi pada Isnin, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.

Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.

Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.

Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.

Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.

Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.