KOTA KINABALU: Hujan lebat disusuli fenomena awan yang kelihatan berbentuk garisan panjang di sekitar Putatan dan Kota Kinabalu sehingga menimbulkan tanda tanya netizen di media sosial pada awal pagi Jumaat dikenali sebagai 'garis badai'.
Pengarah Meteorologi Sabah, Amirzudi Hashim menjelaskan bahawa garis badai yang melanda di kawasan pantai barat Sabah itu ialah barisan ribut petir bergerak yang panjangnya boleh mencapai sehingga ratusan kilometer dan tempoh hayat selama beberapa jam.
"Garis badai menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat serta meluas berbanding ribut petir individu.
"Garis badai yang berlaku pada awal pagi tadi mula terbentuk di Laut China Selatan berdekatan perairan Brunei pada awal subuh dan bergerak sepanjang Pantai Barat Sabah.
"Hujan mula direkodkan di Stesen Meteorologi Labuan bermula pada jam 5 pagi dan di Stesen Meteorologi Kota Kinabalu bermula pada jam 7 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya lagi, garis badai kerap dilihat ketika monsun Barat Daya di sepanjang pantai Sabah dan Sarawak yang menghadap Laut China Selatan serta barat Semenanjung Malaysia.
"Garis badai biasanya berlaku ketika menjelang subuh dan awal pagi. Namun, garis badai kadang kala boleh terbentuk pada waktu petang dan bergerak ke daratan seiring dengan angin lazim.
"Pada hari ini, angin barat daya berkelajuan antara 20-25 knots bertiup di persisiran pantai barat Sabah. Gabungan antara keadaan atmosfera yang panas dan lembab, bayu darat serta tiupan angin barat daya yang agak kencang menggalakkan pertumbuhan awan kumulonimbus di sepanjang pantai di barat Sabah.
"Keadaan atmosfera dan angin pada hari ini merupakan kondisi yang kondusif bagi pembentukan garis badai," katanya.
Sebelum itu, beberapa gambar yang dirakam orang ramai serta dimuat naik di media sosial yang memaparkan keadaan awan yang berbentuk garisan panjang di sekitar Kota Kinabalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 02 2022

Fenomena garis badai yang kelihatan di sekitar Kota Kinabalu pada pagi Jumaat menimbulkan kekecohan di media sosial.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Fenomena awan bergaris panjang dikenali 'garis badai'
Ia adalah barisan ribut petir bergerak yang panjangnya boleh mencapai sehingga ratusan kilometer dan tempoh hayat selama beberapa jam.

Formasi awan bergulung fenomena semula jadi - menteri
kejadian itu adalah fenomena semula jadi cuaca disebabkan pembentukan garis badai berserta kejadian awan bergulung atau 'roll cloud' dan ia tidak berbahaya seperti garis badai.

Fenomena awan bergulung gemparkan penduduk Langkap
Fenomena pembentukan awan bergulung seperti ombak mengemparkan penduduk di sekitar Langkap, Teluk Intan pagi tadi.