ALOR SETAR: Orang ramai yang berhasrat bercuti ke Langkawi menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Perlis pada 10 hingga 13 Februari ini terpaksa memilih laluan alternatif lain untuk ke pulau legenda terbabit.
Menurut notis yang dikeluarkan Cuti-Cuti Langkawi Sdn Bhd, operasi feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan dari Langkawi ke Kuala Perlis diberhentikan susulan paras air laut surut ke tahap rendah.
Katanya, bagaimanapun perjalanan feri itu akan kembali beroperasi seperti biasa bermula pada 14 Februari depan.
Penduduk, Norshahril Md Yusup, 33, berkata, dia dan beberapa rakan bercadang untuk bercuti ke Langkawi pada 11 Februari ini dengan menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis.
"Perjalanan dari rumah saya ke Jeti Kuala Perlis hanya mengambil masa 20 minit sahaja, mujur tak beli tiket lagi jadi bila keluar notis macam ni terpaksa naik feri dari Kuala Kedah.
"Kalau nak tunda perjalanan pun kami sudah buat perancangan rapi, rakan- rakan dari Kuala Lumpur pun sudah mengambil cuti untuk ke Langkawi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Muhd Hisyam Zuhdi Mohd Zaki, 30, berkata, dia bersama rombongan dari Kota Bharu memilih untuk menggunakan pengangkutan udara dari Kota Bharu ke Langkawi.
"Pada awalnya kami bercadang untuk menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis, tetapi bila hendak membeli tiket kami lihat ia tidak dijual untuk perjalanan pada 10 Februari,
"Mujur juga ada penerbangan terus, jadi lebih memudahkan kami," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Feryline Kuala Perlis, Roslan Abd Ghani Seman berkata, operasi feri bagi empat hari itu diberhentikan buat sementara waktu berikutan paras air laut mencatatkan bacaan di bawah 1.6 meter.
"Pihak pengurusan memang tidak membuka jualan tiket bagi tarikh dimaklumkan dan pelancong yang berhasrat untuk ke Langkawi boleh menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah," katanya.
Menurutnya, penumpang yang ingin membawa masuk kenderaan ke Langkawi masih boleh berbuat demikian pada tarikh berkenaan.
"Saya difahamkan perkhidmatan Langkawi Auto dan Roro masih beroperasi pada tarikh berkenaan dan sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web mereka.
"Untuk pertanyaan lanjut mengenai tiket feri, penumpang boleh emelkan ke [email protected]," katanya.
Tambahnya lagi, sepanjang Disember jumlah pengunjung yang keluar masuk ke Langkawi dari dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah adalah sebanyak 288,868 orang.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 28 2022
![Feri Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis henti operasi sementara Feri Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis henti operasi sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630331114_LANGKAWIferi.jpg)
Operasi feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan dari Langkawi ke Kuala Perlis diberhentikan susulan paras air laut surut ke tahap rendah. - Foto fail/BERNAMA
Dua juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves, meningkat 20 peratus
Kira-kira dua juta pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.
InRealty: Rimbawan, Bandar Raikan Kemajuan & Warisan
Rimbawan di Genting Highlands mengintegrasikan masyarakat dan ekosistem setempat.
Dua sindiket tumpas, dadah lebih RM12 juta dirampas
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dalam dua operasi berasingan di sekitar Selangor dan ibu negara pada 4 dan 9 Feb lepas, melibatkan nilai rampasan RM12.88 juta.
Pemimpin dunia bincang ancaman terhadap pekerja
Pemimpin dunia, ketua syarikat teknologi, ahli akademik dan pakar lain berhimpun di Paris bagi menghadiri sidang kemuncak selama dua hari mengenai ancaman dan potensi Kecerdasan Buatan (AI).
Kadar pengangguran Malaysia terendah tempoh 10 tahun
Kadar pengangguran Malaysia pada Disember 2024 mencecah paras terendah sejak 116 bulan iaitu 3.1 peratus, dengan 544,000 penganggur, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Israel perlu bayar pampasan AS$100 bilion kepada Gaza
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mendesak rejim zionis israel untuk membayar pampasan AS$100 bilion kepada penduduk gaza
Beliau berkata, dunia sama sekali tidak boleh membiarkan Israel bermaharajalela, dan bertindak seperti tiada apa yang berlaku, di sebalik kekejaman dan kemusnahan yang rejim zionis itu lakukan selama 471 hari terhadap Gaza.
Beliau berkata, dunia sama sekali tidak boleh membiarkan Israel bermaharajalela, dan bertindak seperti tiada apa yang berlaku, di sebalik kekejaman dan kemusnahan yang rejim zionis itu lakukan selama 471 hari terhadap Gaza.
![KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189217_ZahidHamidi.jpg)
KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.
Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral, dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika prinsip sering kali dikorbankan demi kesenangan, Erdogan amat lantang dalam menentang penaklukan dan pendudukan haram, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata, sokongan Turkiye terhadap Palestin bukan semata-mata dengan kata-kata, sebaliknya ia bersifat ketara, diplomatik, dan penuh dengan keteguhan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika prinsip sering kali dikorbankan demi kesenangan, Erdogan amat lantang dalam menentang penaklukan dan pendudukan haram, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata, sokongan Turkiye terhadap Palestin bukan semata-mata dengan kata-kata, sebaliknya ia bersifat ketara, diplomatik, dan penuh dengan keteguhan.
9 kebakaran di Kupang dan Baling akibat khianat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah mengesahkan kebakaran rumah di Tongkang Yard, Alor Setar dan Kupang, Baling berpunca daripada petrol.
JSJN kenal pasti rakan suspek bantu siasatan
Dalam konteks kerjasama dan bantuan siasatan, JSJN Bukit Aman akan mengenal pasti rakan-rakan suspek berdasarkan rekod jenayah kesalahan berkaitan dadah yang dimilikinya untuk mengesan lelaki itu.
![Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734680283_sidangmediaanthon.jpg)
Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke
Kerajaan akan memberi subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan feri RORO di beberapa pulau utama negara berkuat kuasa 1 Januari 2025.
![Hampir 2,000 penumpang feri Langkawi terkandas akibat cuaca buruk Hampir 2,000 penumpang feri Langkawi terkandas akibat cuaca buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722162595_ferilangkawiombak.jpg)
Hampir 2,000 penumpang feri Langkawi terkandas akibat cuaca buruk
Sebanyak lapan perjalanan feri Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan hari ini akibat cuaca buruk termasuk ombak setinggi empat meter, mengakibatkan seramai 1,926 penumpang terkandas
![Ombak 4 meter, feri bawa 259 penumpang dari Langkawi terpaksa patah balik Ombak 4 meter, feri bawa 259 penumpang dari Langkawi terpaksa patah balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722150438_ferilangkawiombak.jpg)
Ombak 4 meter, feri bawa 259 penumpang dari Langkawi terpaksa patah balik
Sebuah feri yang membawa 259 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik, akibat cuaca buruk yang berlaku pada Ahad.
![Lagi kejadian feri Langkawi terkandas di Kuala Kedah Lagi kejadian feri Langkawi terkandas di Kuala Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666959669_FERILANGKAWI.jpg)
Lagi kejadian feri Langkawi terkandas di Kuala Kedah
Kejadian feri penumpang terkandas di perairan berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah di sini, berlaku lagi.
![Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662889041_airpasangkualake.jpg)
Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar
Jadual perjalanan feri dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi tidak terjejas dengan fenomena air pasang besar yang berlaku hari ini.
![Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631974764_TBFERIKUALAKEDAH.jpg)
Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian
Penduduk Langkawi dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas akan menikmati kemudahan potongan harga istimewa.
![Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631272248_LANGKAWIferi.jpg)
Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang
Pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.
![Hanya satu perjalanan feri ulang alik ke Langkawi dalam sehari Hanya satu perjalanan feri ulang alik ke Langkawi dalam sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583919981_LGKCOVID.jpg)
Hanya satu perjalanan feri ulang alik ke Langkawi dalam sehari
Tindakan itu diambil berikutan masih ramai individu melakukan perjalanan keluar masuk ke pulau berkenaan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikuatkuasakan.
![Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap, elak penularan COVID-19 Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap, elak penularan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583919981_LGKCOVID.jpg)
Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap, elak penularan COVID-19
Langkah itu juga bagi meningkatkan keyakinan orang ramai untuk terus berkunjung ke Langkawi.
![Feri penumpang Langkawi terbakar Feri penumpang Langkawi terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61459837443_FeriLangkawi.jpg)
Feri penumpang Langkawi terbakar
Dalam kejadian jam 10.18 pagi itu, api marak secara tiba-tiba dipercayai bermula dari bahagian enjin feri.