KUALA KEDAH: Suasana panik di dalam feri tercetus apabila keadaan di dalam feri tersebut panas susulan penghawa dingin tidak berfungsi, menyebabkan ada di antara penumpang yang mengalami sesak nafas dan pengsan.
Demikian situasi yang berlaku dalam kejadian sebuah feri penumpang yang terkandas di Muara Kuala Kedah akibat air surut pada jam 4.15 petang Ahad.
Menurut mangsa, Farhanatul Alia Khairul Anuar, 26, ketika itu salah seorang kru kapal tampil dan memaklumkan supaya semua penumpang agar memakai jaket keselamatan.
Dia yang mengandung anak sulung serta menemani ibunya ke Langkawi berkata, ketika itu suhu di dalam feri menjadi panas dan kedengaran suara kanak-kanak menangis dan warga emas mengalami sesak nafas.
"Panik sebab saya mengandung, rasa lagi panik lah tetapi mereka cakap (kru feri) tak ada-apa... alhamdulillah," katanya.
Seorang lagi mangsa, Siti Seri Shafinaz Ahmad, 25, berkata tidak lama selepas feri terkandas sebuah bot memancing berjaya menghampiri feri dan cuba membantu.
Katanya, dia yang ke Langkawi untuk bercuti bersama keluarga membawa bersama bayi berusia dua bulan bersyukur kerana bantuan daripada bot nelayan membantu memindahkan penumpang terutama golongan warga emas dan kanak-kanak ke jeti.
"Sampai ada bot balik daripada memancing, bot memancing itu lah yang tolong bawa mangsa yang pengsan, warga emas dan bayi. Lepas tu yang bot kedua baru untuk budak-budak dan golongan ibu," jelasnya.
Sementara itu seorang lagi mangsa M Sharani, 33, yang ke Langkawi untuk bercuti bersama suami dan ibu mertua serta dua anaknya menaiki feri pada jam 1 petang.
Katanya, mereka merancang untuk pulang ke rumah di Kulim lebih awal kerana ingin membuat persiapan untuk menyambut perayaan Deepavali.
Dia bersyukur kerana mereka sekeluarga berjaya diselamatkan dengan menaiki bot nelayan.
Terdahulu, dalam laporan awal Astro AWANI seramai 547 orang penumpang dan kru feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah terkandas di Muara Kuala Kedah akibat air surut.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Oct 23 2022
![Feri Langkawi tersangkut: Suasana panik tercetus kerana suhu dalam feri panas - Mangsa Feri Langkawi tersangkut: Suasana panik tercetus kerana suhu dalam feri panas - Mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666537187_FeriLangkawi.jpg)
Suasana panik di dalam feri tercetus apabila keadaan di dalam feri tersebut panas susulan penghawa dingin tidak berfungsi. - Astro AWANI
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
![Feri Langkawi tersangkut: Maritim Kuala Kedah bantu pindah penumpang, wanita sesak nafas Feri Langkawi tersangkut: Maritim Kuala Kedah bantu pindah penumpang, wanita sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666524799_APMM.jpg)
Feri Langkawi tersangkut: Maritim Kuala Kedah bantu pindah penumpang, wanita sesak nafas
APMM Kuala Kedah sedang melakukan usaha pemindahan 547 orang penumpang dan kru feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang terkandas di muara Kuala Kedah.
![Air laut surut, feri bawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas Air laut surut, feri bawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666522166_FeriLangkawiferi.jpg)
Air laut surut, feri bawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas
Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut petang tadi.