Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Selangor menyasarkan kehadiran 7,000 pengunjung ke Festival Nasi Ambeng pada 15 dan 16 April ini yang akan diadakan di Inap Desa Banghuris, Sepang, Selangor.
Pengarahnya Ghazali Bidin berkata sepanjang festival itu pengunjung boleh mengikuti pelbagai program yang hampir keseluruhannya berkaitan dengan nasi ambeng.
"Pengunjung juga berpeluang menikmati secara percuma nasi ambeng pada malam perasmian yang terhad kepada 2,000 pengunjung.
"Selain itu, pertandingan menghasilkan nasi ambeng juga diadakan melibatkan 15 buah inap desa di Selangor," katanya pada sidang media di Wisma Bernama.
Festival yang diadakan sejak tahun 2014 itu, bertemakan 'Yok Mampir' (jom singgah) akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam selama dua hari itu.
Nasi ambeng, juadah tradisi masyarakat Jawa di Malaysia terdiri daripada nasi putih yang dimakan dengan gabungan beberapa juadah lain seperti ayam atau daging kicap, kacang panjang goreng, mi dan suun goreng, ikan masin, serunding kelapa, sambal goreng Jawa dan ulaman.
Kebiasaannya nasi ambeng dihidangkan di dalam dulang untuk empat atau lima orang.
Ghazali berkata festival itu akan menyediakan lebih 30 gerai pempamer terdiri daripada peniaga industri kecil dan sederhana (IKS), trak makanan, jualan makanan, minuman dan hasil kraftangan.
Beliau berkata permainan tradisional seperti congkak, wau dan teater dalam air juga akan diadakan sepanjang festival itu berlangsung.
"Penyertaan daripada agensi kerajaan dan swasta juga bertambah pada tahun ini termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pertanian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK).
Ghazali berharap ramai yang akan mengunjungi festival itu sebagai galakan untuk menyemarakkan aktiviti kesenian di Selangor seterusnya memperkenalkan nasi ambeng kepada generasi muda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017

Pengunjung boleh mengikuti pelbagai program yang hampir keseluruhannya berkaitan dengan nasi ambeng. -fotoBERNAMA

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.

Festival Nasi Ambeng diadakan dua hari bermula 15 April ini di Selangor
Pengunjung boleh mengikuti pelbagai program yang hampir keseluruhannya berkaitan dengan nasi ambeng.