PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengumumkan penangguhan kutipan fi permit untuk empat komoditi makanan ternakan -- jagung, soya, gandum dan makanan ternakan lain berasaskan haiwan dan tumbuhan -- bermula hari ini bagi memudah cara pengimportan komoditi tersebut.
Kadar fi import yang dikenakan sebelum ini bagi jagung, gandum dan soya adalah RM15 bagi setiap permohonan permit manakala bagi permit makanan ternakan lain berasaskan haiwan dan tumbuhan adalah RM20 setiap permohonan.
MAFI dalam satu kenyataan hari ini berkata kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri ternakan telah dikenal pasti sebagai antara faktor kenaikan harga bahan makanan seperti ayam bulat di pasaran tempatan.
"Sebahagian besar komoditi bahan mentah bagi tujuan makanan ternakan iaitu soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan diimport dari luar negara.
"Penangguhan fi permit bagi pengimportan komoditi tersebut dapat membantu mengurangkan kos logistik dalam usaha menstabilkan harga makanan ternakan dalam negara," kata MAFI.
MAFI berkata Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) juga akan melaksanakan proses kemasukan pantas di pintu-pintu masuk negara bagi komoditi tersebut dalam usaha melancarkan proses pengimportan dan sekali gus mengurangkan kos logistik yang terlibat dalam aktiviti pengimportan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Penangguhan fi permit bagi pengimportan komoditi tersebut dapat membantu mengurangkan kos logistik dalam usaha menstabilkan harga makanan ternakan dalam negara. - Gambar hiasan

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah

Ekspo Francais MIRF 2023 disasar catat pelaburan RM120 juta - MRCA
MRCA menyasarkan pelaburan bernilai RM120 juta daripada acara FE MIRF 2023 yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Julai ini.

Kenaikan kos bahan mentah bukan alasan peniaga naikkan harga lemang
Peniaga lemang Zaim Abdullah di Kepala Batas buat keputusan kekalkan harga jualan lemang.

Fi permit makanan ternakan ditangguhkan bermula hari ini
Kos bahan mentah makanan ternakan dikenal pasti sebagai antara faktor kenaikan harga bahan makanan di pasaran.

MSM laksana rundingan berterusan dengan kerajaan semak semula harga siling gula
Penggiat industri gula MSM Malaysia Holdings Bhd sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan untuk menyemak semula harga siling gula di tengah-tengah peningkatan kos bahan mentah dan muatan.

Banjir jejaskan operasi MSM, catat kerugian bersih Q4 berjumlah RM16.16 juta
Ia disebabkan margin kasar yang lebih rendah susulan kos bahan mentah, pengangkutan dan gas yang lebih tinggi pada suku semasa.

Peningkatan kos bahan mentah, industri hartanah dijangka terus lembap tahun ini
Menurut RHB Research, kitaran inflasi tidak mungkin akan menyebabkan permintaan dan pertumbuhan pendapatan yang besar.