KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek, Namibia, pada Isnin menganjurkan Promosi Hari Filem Malaysia yang pertama di negara Afrika Selatan itu dengan menampilkan tayangan dua filem terkenal, 'Imam' dan 'Mat Kilau ,' di pawagam Franco Namibian Cultural Centre (FNCC).
Suruhanjaya Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua filem dengan sari kata bahasa Inggeris itu mendapat reviu baik daripada penonton Namibia kerana ia menerapkan semangat patriotisme dan nilai-nilai murni.
Kenyataan itu juga menekankan bahawa filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin yang berterusan menentang pendudukan Israel.
"Lebih-lebih lagi, ia mencerminkan semangat kepimpinan serta semangat juang menentang penindas - sama dengan senario semasa rakyat Palestin ditindas oleh Israel," menurut kenyataan itu.
Semasa berucap pada majlis itu, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez mengambil peluang menjelaskan mengenai isu Palestin serta menyuarakan harapan agar rakyat Namibia akan memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin.
Acara itu menggamit kehadiran lebih 100 peserta, termasuk tokoh terkenal seperti Datuk Bandar Windhoek City Joseph Uapingene dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Namibia Salmaan D Jacobs. Diplomat asing dan 45 pelajar dari Universiti Limkokwing Namibia turut hadir.
Ekspatriat Malaysia yang menetap di Namibia, khususnya dari Windhoek dan Luderitz turut hadir. Pada masa ini terdapat lebih 40 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Namibia, kebanyakannya dalam sektor cari gali minyak.
Selain tayangan filem, para penonton turut dijamu dengan hidangan Malaysia yang lazat, bertujuan mempromosikan hidangan kulinari negara kepada penduduk tempatan.
Suruhanjaya Tinggi menegaskan bahawa promosi ini selaras dengan inisiatif budaya dan promosi yang diterajui oleh Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
![Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699488513_FilemMalaysia.jpg)
Suruhanjaya Tinggi memaklumkan, kedua-dua filem mendapat reviu baik daripada penonton Namibia kerana ia menerapkan semangat patriotisme dan nilai-nilai murni. - Foto BERNAMA
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
![Malaysia konsisten bantah kekejaman Israel terhadap Palestin Malaysia konsisten bantah kekejaman Israel terhadap Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728643064_protest.jpg)
Malaysia konsisten bantah kekejaman Israel terhadap Palestin
Malaysia akan kekal konsisten, fokuskan kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin
![DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706947693_TBLOKE.jpg)
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
![Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699488513_FilemMalaysia.jpg)
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
![Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa Malaysia Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698158637_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa Malaysia
Kelantangan Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa negara di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Penganjuran solidariti bersama Palestin sesuai diadakan di Dataran Perayaan - Menteri Sarawak Penganjuran solidariti bersama Palestin sesuai diadakan di Dataran Perayaan - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698188907_Palestin.jpg)
Penganjuran solidariti bersama Palestin sesuai diadakan di Dataran Perayaan - Menteri Sarawak
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mencadangkan Dataran Perayaan, berdekatan Stadium Negeri di sini sebagai lokasi penganjuran perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin.
![Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620838978_BENDERA.jpg)
Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine
Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin ketika ini.
![Kedutaan untuk Palestin akan dibuka dalam masa terdekat - Dr Mahathir Kedutaan untuk Palestin akan dibuka dalam masa terdekat - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570688346_TBGREENTECH.jpg)
Kedutaan untuk Palestin akan dibuka dalam masa terdekat - Dr Mahathir
Keputusan untuk membuka kedutaan tersebut yang ditauliahkan untuk Palestin bukan semata-mata kerana rakyat negara itu beragama Islam.