KUALA LUMPUR: Lembaga Penapis Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tugas penapisan filem dan bahan publisiti yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal, kecuali melalui internet.
Justeru, tayangan treler filem Pulau yang dibuat secara dalam talian adalah di luar bidang kuasa LPF, malah kandungan treler berkenaan juga berbeza dari kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.
Menurut LPF, terdapat beberapa kriteria yang akan dinilai sebelum pihaknya membuat keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.
Kriteria tersebut merangkumi keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan.
"Filem Pulau adalah sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.
"LPF mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.
Terdahulu, filem Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan yang diberikan.
Pada Selasa, media melaporkan tayangan treler filem bergenre seram itu mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga berpandangan treler itu tidak sesuai ditayangkan kerana dipercayai melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Madiha Abdullah
Thu Jan 19 2023

Filem Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan yang diberikan.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Filem Pulau catat sejarah di Kemboja
Filem Pulau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem seram Malaysia nombor satu di Kemboja apabila berjaya meraih kutipan lebih RM700,000 sejak ditayangkan di negara itu.

Filem Pulau: Treler di media sosial luar bidang kuasa LPF
LPF memaklumkan terdapat beberapa kriteria yang akan dinilai sebelum membuat keputusan ke atas penapisan kandungan filem.

Treler filem 'Pulau' tidak sesuai ditayangkan - Fahmi
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.