KUALA LUMPUR: Final Award yang dikeluarkan Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 tidak menyentuh isu pengambilan wilayah negeri Sabah atau kedaulatan negeri itu oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, isu itu antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat pertama Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu yang diadakan semalam (3 Ogos 2022).
Menurutnya, pasukan khas turut mengambil maklum bahawa pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara dan juga kesemua tindakan bersifat prosedur yang dibuat olehnya telah dibatalkan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.
"Berdasarkan keputusan bertarikh 29 Jun 2021 itu, Mahkamah Tinggi Madrid telah mengeluarkan keputusan bahawa 'Partial Award on Jurisdiction' yang dikeluarkan pada 25 Mei 2020 oleh Dr. Stampa adalah tidak sah dan terbatal.
"Malah, kerajaan juga telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan Exequatur Order dan seterusnya permohonan bagi menggantung penguatkuasaannya. Permohonan kerajaan bagi menggantung penguatkuasaan Exequatur Order tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah Perancis pada 16 Disember 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Wan Junaidi yang juga pengerusi pasukan khas itu menambah kerajaan telah membuat permohonan membatalkan Final Award yang dikeluarkan Dr Stampa serta permohonan menggantung penguatkuasaan Final Award itu di Mahkamah Perancis.
Katanya, Mahkamah Perancis kemudiannya membenarkan permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award itu pada 12 Julai 2022.
"Saya ingin menegaskan bahawa tindakan yang sedang dilaksanakan kerajaan termasuk penubuhan pasukan khas ini adalah komitmen untuk memastikan strategi terbaik dilaksanakan bagi menangani isu tuntutan pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.
"Kerajaan juga akan memastikan kemenangan demi kepentingan dan kedaulatan negara tetap terpelihara selain yakin semua strategi yang sedang dan akan dilaksanakan akan membuatkan hasil positif," katanya.
Selain Final Award, mesyuarat pertama pasukan khas itu juga membincangkan mengenai tindakan undang-undang yang telah diambil kerajaan Malaysia di Sepanyol dan Perancis bagi menangani tuntutan tersebut.
Turut dibincangkan ialah isu pembayaran wang serahan berjumlah AS$5,300 setahun.
Astro Awani
Fri Aug 05 2022

Selain Final Award, mesyuarat pertama pasukan khas itu juga membincangkan mengenai tindakan undang-undang yang telah diambil kerajaan Malaysia di Sepanyol dan Perancis bagi menangani tuntutan tersebut. - Gambar fail

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat keselamatan produk Gummy bentuk mata
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung keselamatan produk gula-gula gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
JPN dan pihak sekolah juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar penjualan dalam radius 40 meter dari pagar sekolah tidak berlaku.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

'Final Award' waris Sultan Sulu tidak sentuh ambil Sabah
Final Award yang dikeluarkan pada 28 Februari 2022 Dr Gonzalo Stampa tidak menyentuh isu pengambilan wilayah negeri Sabah atau kedaulatan negeri itu oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.