KUALA LUMPUR: Hanya produksi drama, iklan dan dokumentari yang ditangguhkan penggambaran kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk meneruskan penggambaran pada Fasa Dua.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia adalah antara syarat utama di bawah kelulusan Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi kelulusan untuk aktiviti penggambaran filem pada Fasa Dua PPN.
Beliau berkata syarat lain adalah aktiviti penggambaran hanya boleh dijalankan di negeri yang berada di status Fasa Dua dan melibatkan lokasi atau premis penggambaran luar studio sahaja.
"Produksi boleh menggunakan mana-mana lokasi atau premis dengan syarat ia mempunyai jarak zon penampan (buffer zone) daripada mana-mana kawasan penempatan serta perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
"Aktiviti penggambaran dilaksanakan dengan kaedah Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) yang melibatkan jumlah tenaga produksi yang minima serta tidak dibenarkan keluar dari radius zon penggambaran sehingga tamat penggambaran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Justeru Saifuddin berkata setiap produksi mempunyai tempoh bertenang yang ditetapkan sebelum dibenarkan untuk sebarang penggambaran baharu.
Beliau berkata syarat lain termasuk penguatkuasaan aspek kawalan risiko dengan kebenaran hanya diberikan kepada tenaga produksi yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 serta menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambaran.
Selain itu pelantikan Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) oleh pihak produksi yang bertanggungjawab bagi pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan juga antara syarat di bawah kelulusan SPP Khas.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan melakukan sedikit perubahan ke atas SOP di bawah PPN bagi Fasa Satu dan Fasa Dua, antaranya meluluskan pembukaan semula aktiviti penggambaran filem di luar studio dengan pematuhan SOP ketat pada Fasa Dua.
Keputusan itu dibuat berikutan perkembangan positif kadar vaksinasi negara.
Saifuddin berkata keputusan berkenaan adalah antara usaha berterusan kerajaan merangsang kelangsungan ekonomi penggiat seni dan industri kreatif melalui daya saing pengeluaran produk dan peluang pekerjaan.
Katanya kelulusan untuk aktiviti penggambaran filem pada Fasa Dua adalah berpandukan kepada pelaksanaan syarat yang diperketatkan di bawah PREP yang akan dikawal selia oleh FINAS.
"Inisiatif PREP ini juga adalah kawalan bersepadu aktiviti penggambaran yang bergerak dalam zon gelembung yang terasing, terkawal dan terhad melalui pematuhan syarat-syarat utama di bawah kelulusan SPP Khas FINAS," katanya.
Beliau juga menyeru syarikat produksi yang terlibat untuk sentiasa mematuhi semua syarat yang dinyatakan untuk mengelakkan sebarang implikasi perundangan, keselamatan dan kesihatan khususnya dalam usaha kerajaan memerangi wabak COVID-19.
Butiran lanjut mengenai SOP dan garis panduan itu boleh didapati menerusi laman sesawang www.kkmm.gov.my dan www.finas.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021

Saifuddin berkata, syarat lain adalah aktiviti penggambaran hanya boleh dijalankan di negeri yang berada di status Fasa Dua. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Pulau Pinang jadi destinasi perkahwinan, MICE masyarakat selatan India
Pulau Pinang pantas berkembang sebagai destinasi popular untuk perkahwinan serta penganjuran mesyuarat, insentif, MICE, menarik kehadiran pelancong India terutamanya dari selatan negara itu.

Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan di negara ini pada tahun lalu membuatkan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.