KUALA LUMPUR: Jenama berita paling dipercayai, Astro AWANI terus menerajui industri dengan menyajikan perbincangan lebih terangkum dan menyeluruh menerusi program terbaharunya, Focus in Continuity: Roundtable Series.
Program tersebut adalah hasil kerjasama bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dan Kementerian Luar Negeri.
Ia akan mendalami dan mengiktiraf cabaran utama yang melanda dunia kini serta mengenal pasti pelbagai arah aliran global yang muncul termasuk isu-isu yang harus diberikan keutamaan dalam jangka masa terdekat.
BACA: Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
BACA: Negara disaran berganding bahu perkukuh diplomasi kesihatan
Di samping itu, ia turut melihat usaha menggiatkan hubungan negara di peringkat antarabangsa, meningkatkan diplomasi kesihatan dan membangunkan ekonomi digital sebagai pemacu pertumbuhan negara.
Perbincangan tersebut juga adalah untuk memahami konsep keselamatan siber antarabangsa dalam melindungi kepentingan negara termasuk meningkatkan identiti nasional Malaysia yang unik di persada global sambil mempromosikan akses pasaran yang lebih besar kepada produk budaya Malaysia.
Focus in Continuity: Roundtable Series akan menampilkan tetamu jemputan daripada pelbagai latar belakang termasuk pengkaji, penyelidik, pendidik, pakar kesihatan dan ramai lagi.
Saksikan siaran ulangan program Focus In Continuity: Roundtable Discussion on Cultural Diplomacy pada 18 Mac ini (Jumaat) pukul 11 malam di saluran 501 Astro AWANI.
Ehsan A Marisah
Sun Feb 20 2022

Program tersebut adalah hasil kerjasama bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dan Kementerian Luar Negeri. - Gambar Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Focus in Continuity: Roundtable Series': Program baharu lebih terangkum, menyeluruh di Astro AWANI
Program tersebut akan mendalami dan mengktiraf cabaran utama yang melanda dunia serta mengenal pasti pelbagai arah aliran global yang muncul kini.