KERAJAAN negeri Terengganu komited untuk memulihara dan membangunkan Pulau Bidong sebagai lokasi pelancongan bersejarah, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurutnya, Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang diamanahkan menjaga kelestarian pulau itu mempunyai kertas cadangan berhubung pembangunan pulau berkenaan untuk dikemukakan kepada Kerajaan Pusat dan negeri.
Katanya, kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukan awal selepas mendapat royalti hasil petroleum daripada kerajaan Persekutuan pada bulan depan untuk membaik pulih beberapa kemudahan seperti laluan pejalan kaki dan menjaga kebersihan di sekitar pulau itu demi keselesaan pengunjung.
"Kita juga beri komitmen untuk menyediakan peruntukan mencukupi dalam Bajet 2019 mengikut pelan komprehensif yang dirancang oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Pulau Bidong dekat sini pada Isnin.
Turut serta dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah, Pengarah Muzium Terengganu, Mohd Azmi Ngah dan Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.
Ahmad Samsuri turut melawat ladang ternakan batu karang yang diusahakan Yayasan Coral Malaysia, kawasan perkuburan orang Vietnam, pantai Pasir Tenggara dan monumen peringatan orang Vietnam di pulau itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan waris orang Vietnam yang kebanyakannya kini bermastautin di Eropah dan Australia kerana mereka mempunyai nilai sentimental yang sangat signifikan dengan Pulau Bidong.
"Setiap tahun, mereka akan datang ke sini untuk menziarahi kubur nenek moyang mereka dan terbaharu kita dapat tahu ada permohonan untuk melangsungkan perkahwinan di sini....walaupun mereka ini sudah menjadi orang berjaya dalam bidang politik dan ekonomi, namun nilai sentimental mereka terhadap Pulau Bidong sangat tinggi.
"Kerajaan negeri akan menjalin hubungan dengan pewaris orang Vietnam yang ada nostalgia di pulau ini dan berminat untuk sama-sama membangunkan lokasi ini tanpa mencemarkan alam semula jadi dan bahan bersejarahnya," katanya.
Pulau Bidong diisytihar sebagai pusat penempatan orang hanyut Vietnam (Boat People) pada Ogos 1978 dan sehingga November 1991 dan seramai 252,390 orang pernah berlindung di pulau itu.
Pulau Bidong mula dibuka kepada umum pada April Januari 2017, namun hanya terhad kepada lawatan sehari.
Sejak itu, Pulau Bidong mendapat perhatian pelancong di mana sepanjang April hingga Oktober 2017, seramai 3,862 orang melawat pulau itu manakala sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, kehadiran 1,806 orang direkodkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 13 2018
Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang diamanahkan menjaga kelestarian pulau itu mempunyai kertas cadangan berhubung pembangunan pulau berkenaan untuk dikemukakan kepada Kerajaan Pusat dan negeri.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana
Datuk Ahmad Amzad Hashim menafikan beliau terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana.
Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800
Penjawat awam di Terengganu akan terima bonus sebanyak RM800 yang akan dibayar pada bulan Januari.
COVID-19: Menteri Besar Terengganu diarah jalani kuarantin 14 hari
Aarahan kuarantin dibuat susulan ADUN Rhu Rendang itu memiliki kontak dengan dua individu positif COVID-19 beberapa hari lalu.
Royalti minyak: Kerajaan jamin Terengganu akan terima bayaran ikut jadual
Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada pada bulan Mac disusuli bulan September bagi pembayaran kedua.
Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan
Ahmad Samsuri menjelaskan sehingga kini Pas belum memuktamadkan sebarang nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu untuk mengisi jawatan Menteri Besar Kedah yang baharu.
'Bukan masanya untuk bersantai-santai' - Semua pusat peranginan dan hotel di Terengganu ditutup
Kesemua pusat peranginan, pulau dan hotel di Terengganu ditutup seiring dengan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.
Terengganu terima RM700 juta wang royalti Mac ini
Kerajaan Terengganu dijangka menerima bayaran wang royalti atau Wang Tunai Petroleum (WTP) sebanyak RM700 juta pada bulan Mac nanti.
Hadi Awang bincang kerjasama dengan Abang Jo
Pertemuan tersebut dilakukan bagi membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua negeri yang ditadbir Pas iaitu Kelantan dan Terengganu dengan Sarawak.
Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna
Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.
Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas
Beliau berkata, keputusannya untuk terus bertanding adalah bagi menghormati pencalonan yang telah dibuat oleh aqnggota akar umbi.