KUALA LUMPUR: Formula jumlah kenaikan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berasaskan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan dimuktamad dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual berlangsung Februari depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mesyuarat itu, yang turut melibatkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, akan diadakan di Kuching.
"Mesyuarat pertama dijadualkan pada Februari 2023 yang juga akan menjadi lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke-10 ke Sarawak," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikannya akan melihat dan meneruskan perbincangan dengan semua agensi serta memuktamad perkara yang belum diputuskan untuk dibawa ke MTPMA63.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan beberapa perkara melibatkan MA63 antaranya mempertimbang jumlah pemberian khas kepada kedua-dua negeri dikaji setiap lima tahun agar lebih munasabah.
FADILLAH-MA63 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Anwar juga berkata Kementerian Kewangan bersetuju pelaksanaan projek di bawah kos RM50 juta di Sabah dan Sarawak diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan mematuhi peraturan kewangan.
Sementara itu, Fadillah berkata kerajaan turut memberi komitmen untuk meneruskan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Sabah bagi menambah baik secara berperingkat jaringan infrastruktur jalan persekutuan di kedua-dua negeri.
Beliau berkata projek Pan Borneo Sarawak kini sudah 91 peratus siap manakala Pan Borneo Sabah siap sebanyak 73 peratus.
Fadillah berkata kerajaan juga komited meneruskan Projek Sarawak-Sabah Link Road yang terdiri daripada Fasa 1 (Lawas-Persimpangan Long Lopeng), kini 10 peratus siap, dan Fasa 2 serta Lebuhraya Trans Borneo yang melibatkan Miri-Limbang-Lawas.
"Trans Borneo akan dimulakan sebaik sahaja Kementerian Kerja Raya selesai melantik kontraktor yang dijangka dimuktamadkan pada 2024," katanya.
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri hari ini membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan menyelesaikan semua isu berkaitan MA63 yang masih tertunggak serta memartabatkan perjanjian itu selain memantapkan infra rakyat di kedua-dua negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mesyuarat itu, yang turut melibatkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, akan diadakan di Kuching. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tambah ahli Parlimen: MTPMA63 putuskan AGC, Peguam Besar Sabah, Sarawak berbincang
Kerajaan akan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan.

Formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada Borneo dimuktamad dalam setahun
Jawatankuasa Teknikal MA63 setuju tetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo.

Formula pemberian khas kepada Sabah, Sarawak dimuktamad dalam mesyuarat pertama MTPMA63
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mesyuarat itu akan diadakan di Kuching.