SERI KEMBANGAN: Keselamatan para peserta yang terlibat dalam misi Freedom Flotilla ke Gaza akan menjadi keutamaan penganjur di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Menurut Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha, segala kemungkinan juga akan dipantau rapi bagi memastikan misi berjaya disempurnakan.
‘’Saya difahamkan segala langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh pihak penganjur termasuk juga kursus dua hari yang akan diberikan kepada semua peserta supaya sentiasa peka dengan the do's and don'ts.
‘’Kita tahu peristiwa sekarang agak genting dengan isu Iran-Israel, tetapi pihak penganjur sedang meneliti dan memantau keadaan,’’ katanya menerusi sidang media Freedom Flotilla ke Gaza yang berlangsung di sini pada Selasa.
Pada masa sama, ujarnya, tiada perkara yang dilihat mampu menghalang pelayaran kapal bantuan ke Gaza untuk kali ini.
‘’Setakat ini tidak ada sesuatu yang boleh menghalang pelayaran dan kita akan meneruskan (perancangan), tapi tentunya pihak penganjur akan melihat akan kemungkinan yang akan berlaku.
‘’Tetapi saya boleh katakan keselamatan para peserta adalah keutamaan dan (kami) tidak akan sesekali bertolak ansur dalam bab itu, dan kita akan sentiasa memantau perkembangan terkini di sana,’’ tambahnya.
BACA: Misi Freedom Flotilla ke Gaza berlepas Khamis ini
Kesemua peserta terlibat dijadual berlepas ke Istanbul, Turki pada Khamis ini dan akan menjalani latihan non-violence training yang bakal berlangsung selama dua hari.
Mereka dijangka memulakan pelayaran dalam misi menghantar bantuan ke Gaza, Palestin pada Ahad, namun ia masih tertakluk kepada situasi semasa.
Terdahulu, Kamal memaklumkan misi kali ini melibatkan beberapa wakil NGO antarabangsa termasuk Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Insani Yardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Norway, Rumbo A Gaza, US Ship to Gaza, Sweeden ship to Gaza, Canadia boat to Gaza, Freedom Flotilla Italia, Kia Ora to Gaza, Palestine Solidarity Alliance, Mavi Marmara Freedom and Solidarity Association, Miles of Smiles, Free Gaza Australia.
Syafik Shukri Jalil
Tue Apr 16 2024

Kamal Nasharuddin (tengah) berkata segala kemungkinan akan dipantau rapi bagi memastikan misi berjaya disempurnakan. -Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Freedom Flotilla di Gaza: Pemimpin dunia diminta tampil beri sokongan jayakan misi - FFC
Menurut Wright, kerjasama pemimpin dunia penting dalam memastikan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza dapat dihentikan segera.

Freedom Flotilla to Gaza: Kami bersedia dengan misi ini - Peserta
Sesi latihan beri bayangan awal kepada peserta dalam memahami dan mendepani situasi sebenar sekiranya berlaku sebarang bentuk ancaman oleh Israel.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Misi Freedom Flotilla: Besar harapan untuk sampai ke bumi Palestin demi hulurkan bantuan
Besar harapan misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla untuk sampai ke bumi Palestin bagi menyalurkan bantuan yang amat diperlukan ketika ini di sana.

Freedom Flotilla ke Gaza: Keselamatan peserta jadi keutamaan FFC
Mereka dijangka akan memulakan pelayaran dalam misi menghantar bantuan ke Gaza, Palestin pada Ahad ini.

Rampas Al-Awda: Parlimen Malaysia kecam tindakan Israel
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menegaskan Parlimen Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel merampas Kapal Al-Awda milik Freedom Flotila Coalition.

Misi Freedom Flotilla ke Genting Gaza
Mereka yang terlibat dalam kempen itu bersatu di bawah gerakan perpaduan direka untuk meningkatkan semangat penduduk Palestin.