SUNGAI PETANI: Kemalangan dihempap dinding konkrit hingga menyebabkannya lumpuh menjadi igauan ngeri seumur hidup bagi seorang gadis berusia 17 tahun yang tinggal bersama ibunya di Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal.
Selain terlantar, Aziana Shaari yang turut menghadapi masalah pendengaran kini perlu menerima hakikat apabila paru-paru, buah pinggang serta pundi kencingnya mengalami kerosakan.
Mengimbas kejadian tersebut ibunya, Fatimah Hashim, 49, berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi, lapan tahun lalu itu berlaku ketika Aziana berumur 9 tahun ingin mengambil buah mangga berdekatan lokasi kejadian sebelum tiba-tiba dinding konkrit dari sebuah rumah yang sedang dibaik pulih runtuh dan menimpa anaknya.
"Sejak hari itu, dia terlantar akibat lumpuh dari pinggang ke bawah. Dia memerlukan bantuan sepanjang masa untuk mengurus diri kerana kakinya tidak mampu lagi bergerak," katanya kepada Sinar Harian.
Kata ibu tunggal itu, dia terpaksa bekerja di dua kedai makan berbeza pada waktu siang dan malam dengan pendapatan antara RM50 dan RM75 sehari bagi menampung perbelanjaan keperluan untuk Aziana yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM1,000 sebulan bagi menyediakan lampin pakai buang, susu khas serta peralatan mencuci luka.
Katanya, dia bersyukur kerana menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan bagi membantu mereka.
"Aziana hanya boleh makan nasi sekali sehari selain dia kurangkan minum kerana bimbang kesannya setelah disahkan menghidap masalah buah pinggang," katanya.
Menurut Fatimah, sebagai ibu dia bangga kerana dalam situasi menahan kesakitan dan pergerakan terhad, Aziana masih mampu menunaikan puasa Ramadan kali ini.
Sementara itu, penderitaan Aziana mendapat perhatian pasar raya Econsave yang menghulurkan sumbangan bernilai RM1,000 antaranya termasuk makanan kering, barangan dapur, peralatan elektrik serta susu khas yang diperlukan gadis itu.
Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan disampaikan melalui Dana Econsave Prihatin sempena Ramadan termasuk keperluan Fatimah dan Aziana seperti kipas angin, seterika dan pengisar.
"Kami berharap dengan pemberian ini dapat meringankan beban ditanggung sekali gus menceriakan mereka sempena Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
Dalam pada itu, anak Fatimah yang lain iaitu Aziani, 18, yang sedang mengikuti pembelajaran di Kolej Vokasional Sungai Petani dan Azima, 19, yang baharu memulakan kerja di sebuah pasar raya berdekatan tinggal bersamanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon May 03 2021
Zamzuri (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Aziana yang terlantar sejak lapan tahun lalu akibat dihempap dinding konkrit, di rumah mereka dekat Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal, Sungai Petani pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Gadis derita lumpuh akibat dihempap konkrit
Aziana yang terlantar sejak lapan tahun lalu akibat dihempap dinding konkrit di rumah mereka.