Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas desakan agar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memohon maaf kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana menyebabkan Datuk Sivarrajh Chandran dilarang memasuki persidangan dewan tidak diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.
Ia berlaku apabila semasa sesi penggulungan Rang Undang-undang Kewangan 2018, menyaksikan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin bangun dan mendakwa Ahli Parlimen Jelutong berniat jahat terhadap Sivarrajh menyebabkan penggantungan selama dua hari sebagai ahli parlimen.
Sivarrajh berkata beliau menerima pengakuan speaker dewan rakyat yang disifatkannya sebagai kesilapan menggantung beliau sebagai ahli parlimen selama dua hari.
Jawapan Sivarrajh itu kemudian mengundang kekecohan dan ahli parlimen kerajaan bertegas, speaker tidak melakukan kesilapan.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Jelutong enggan memohon maaf.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan permohonan maaf itu diteruskan.
Keadaan berlarutan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masuk campur dan terus mendesak RSN Rayer memohon maaf kepada Sivarrajh.
“Ini maruah, kena selesaikan dulu. Dia telah menghina YB Cameron Highlands,” kata Tajuddin.
Pertikaman lidah berlangsung selama lebih 15 minit terutama apabila Tajuddin dan Bung Moktar enggan berdiam dengan pendirian mereka.
Timbalan Speaker kemudian mengarahkan dua ahli parlimen itu keluar dewan.
Berang dengan arahan itu, kebanyakan ahli parlimen pembangkang kecuali Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.
Tajuddin dan Bung Moktar digantung daripada memasuki dewan rakyat selama sehari.
Rahimah Abdullah
Mon Dec 10 2018
RSN Rayer enggan mohon maaf. - Gambar fail
Prabowo tetamu utama sambutan ke 76
Sambutan Hari Rupublik India ke 76 pada Ahad cukup meriah dengan perarakan warna warni yang memaparkan kekuatan ketenteraan dan kepelbagaian budaya di tengah-tengah ibu negara, New Delhi.
Lelaki buat hantaran di Facebook ugut bunuh Trump ditahan
Seorang lelaki Florida ditangkap kerana membuat ancaman menerusi hantaran di Facebook terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Shannon Depararra Atkins, 46 tahun ditangkap pada Jumaat malam kerana melakukan ugutan bunuh, tekad membuat serangan tembakan secara besar-besaran dan berniat melakukan tindakan keganasan.
Shannon Depararra Atkins, 46 tahun ditangkap pada Jumaat malam kerana melakukan ugutan bunuh, tekad membuat serangan tembakan secara besar-besaran dan berniat melakukan tindakan keganasan.
Trump bincang dengan beberapa pihak, keputusan dalam 30 hari
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Sabtu, beliau sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai pembelian TikTok dan berkemungkinan membuat keputusan dalam masa 30 hari.
Penduduk putus harapan kerajaan seakan lepas tangan
Pelbagai soalan dikemukakan penduduk yang terjejas dengan kebakaran Palisades ketika sesi pertemuan dengan pegawai kerajaan dan pihak terlibat di Malibu, California pada Sabtu.
Kesemua mereka meragui kesiapsiagaan kerajaan dalam usaha pembinaan semula bandar itu selain bimbang pelbagai birokrasi untuk tuntutan insurans.
Kesemua mereka meragui kesiapsiagaan kerajaan dalam usaha pembinaan semula bandar itu selain bimbang pelbagai birokrasi untuk tuntutan insurans.
Pembebasan Mohammed ibarat mimpi dalam hidup saya - ibu
Jeritan rindu si ibu menyelubungi Araba, Tebing Barat selepas anaknya yang dihukum penjara seumur hidup oleh rejim Israel, akhirnya dibebaskan.
Kepulangan Mohammed Al-Arida disambut dengan pelukan ibunya, Sabiha Al-Arida sebelum dijulang oleh orang ramai sebagai pejuang Palestin.
Kepulangan Mohammed Al-Arida disambut dengan pelukan ibunya, Sabiha Al-Arida sebelum dijulang oleh orang ramai sebagai pejuang Palestin.
Tumpuan Isnin – 27 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ratusan trak bantuan berjaya masuk Gaza, harga barang mula stabil
Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr Fauziah Mohd Hasan, barangan keperluan asas turut dilaporkan semakin stabil, sekali gus memberi sedikir kelegaan kepada penduduk tempatan.
Sekolah patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
UMNO pada Ahad melancarkan Sekolah Patriotik UMNO untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang memahami strategi dan selok-belok politik serta menjiwai nilai perjuangan UMNO.
AMANAH boleh menang belasan kerusi di Kelantan PRU16
Parti Amanah Negara (Amanah) mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, berdasarkan sokongan rakyat terhadap parti itu yang dilihat semakin baik walaupun perlahan.
Kes pukul oku: polis tahan pempengaruh muat naik hantaran ugutan
Seorang pempengaruh media sosial ditahan polis hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di laman sosial berkaitan kes seorang lelaki OKU mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada 17 Jan lepas.
UMNO Sabah terus pertahan kerajaan GRS - Bung Mokhtar
Jelas Bung Mokhtar,sebarang pergolakan politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak akan memberi kesan kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan Sabah.
Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun
Ketua Srikandi parti Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memastikan bahawa calon daripada Srikandi akan diturunkan pada PRN Sabah nanti.
Politik Sabah: Bung Mokhtar umum kerusi ditandingi UMNO hari ini
PRN Sabah pada kali ini menyaksikan 73 kerusi akan dipertandingkan berbanding 60 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Bung Mokhtar timang anak perempuan
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menimang cahaya mata perempuan pada Jumaat.
Tiada jaminan ahli UMNO tidak lompat parti - Bung Mokhtar
Bung Moktar sifatkan pengunduran Zahid bukan jaminan ahli UMNO untuk tidak lompat parti.
Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan
Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas desakan agar Ahli Parlimen Jelutong memohon maaf kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana Datuk Sivarrajh dilarang memasuki dewan.
Zizie Izette dapat 'anugerah' lagi
Selepas melahirkan kembar pada bulan Disember tahun lalu, Zizie Izette kini sudah hamil hampir lima bulan dengan anugerah baru. Alhamdulillah!
Zizie Izette hamil lagi selepas 5 bulan melahirkan anak kembar
Pelakon Datin Seri Zizie Izette umum kini sedang hamil tiga bulan.
Dialog Bung Mokhtar jadi muzik remix pula ...?
Kreatif dan lucu! Petikan perkataan yang dilontarkan seseorang juga boleh dijadikan sumber karya dalam penghasilan sebuah muzik rupanya.
Zizie Ezette, Bung Moktar timang bayi kembar lelaki
Bayi kembar lelaki itu dilahirkan Zizie di Pusat Perubatan Prince Court, masing-masing pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi.