BUKIT MERTAJAM:Sebanyak 23 majikan telah didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang dipinda pada 2019, sejak dikuatkuasakan pada 1 Sept tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.
Beliau berkata dalam tempoh itu juga, sebanyak 100 operasi penguatkuasaan dijalankan di seluruh negara.
"Setakat ini dalam operasi yang kita jalankan, hampir 80 peratus majikan mematuhi dan menunjukkan tahap pematuhan yang memuaskan," katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi penguatkuasaan pematuhan Akta 446 di sebuah syarikat pembuatan kasut di kawasan Perindustrian, Bukit Tengah, di sini hari ini.
Awang berkata kebanyakan majikan yang didakwa itu didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penginapan pekerja, antaranya menempatkan terlalu ramai pekerja di dalam sebuah bilik.
"Setiap bilik hanya boleh menempatkan dua orang pekerja, namun dalam tinjauan operasi kebanyakannya dihuni lebih ramai pekerja iaitu enam orang untuk satu bilik, manakala penggunaan bilik air hanya enam orang bagi satu bilik air," katanya.
Awang berkata tindakan penguatkuasaan itu akan diperhebat bagi memastikan majikan dan penyedia penginapan berpusat di negara ini mematuhi akta tersebut serta SOP Majlis Keselamatan Negara bagi mengekang penularan COVID-19.
Sebelum dipinda pada 2019, akta itu hanya mencakupi aspek perumahan dan penginapan pekerja sektor perladangan yang melebihi 20 hektar serta perlombongan, namun kini undang-undang tersebut dikuatkuasakan ke atas semua sektor selain memperuntukan peraturan baharu berhubung standard perumahan dan kemudahan pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021

AWANG HASHIM: Setakat ini dalam operasi yang kita jalankan, hampir 80 peratus majikan mematuhi dan menunjukkan tahap pematuhan yang memuaskan. -Gambar fail

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Cuepacs bantah tindakan terhadap kakitangan hospital gagal patuh SOP COVID-19
Mereka yang berkenaan diminta tidak terus membuat sebarang kenyataan berbentuk hukuman kepada pihak lain tanpa mengetahui situasi sebenar.