ALOR SETAR: Gajah betina dianggarkan seberat dua tan yang ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu berdekatan Kampung Pinang, Pedu di Padang Terap semalam disyaki termakan baja tumbuhan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah Jamalul Nasir Ibrahim berkata ia berdasarkan pandangan fizikal pihaknya yang mendapati najis gajah itu berdarah.
"Namun, untuk kita tahu punca sebenar gajah ini mati sebab apa, perlu tunggu keputusan penuh daripada pasukan forensik ibu pejabat Jabatan Perhilitan. Sampel gajah ini telah diambil untuk siasatan lanjut dan dibawa ke makmal di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jamalul Nasir berkata pengamatan pihaknya di sekitar kawasan itu mendapati terdapat stor penyimpanan baja tidak teratur dan berisiko terdedah kepada haiwan yang berkeliaran di situ.
"Jadi, saya berharap petani dan penduduk di kawasan sekitar itu dapat memastikan stor penyimpanan baja sentiasa dalam keadaan teratur dan selamat supaya tidak memudaratkan haiwan," katanya.
Beliau berkata bangkai gajah itu telah ditanam di satu lokasi berdekatan haiwan itu ditemukan mati kira-kira 8.30 malam tadi.
Semalam, media melaporkan gajah itu ditemukan mati oleh penduduk yang keluar menoreh getah sebelum menghubungi Jabatan Perhilitan kira-kira 8.30 pagi untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022

Perhilitan mendapati terdapat stor penyimpanan baja tidak teratur dan berisiko terdedah kepada haiwan yang berkeliaran di situ. - Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".

Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.

Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.

Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.

Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.

Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.

Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.

Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.

Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.

Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.