KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan hari ini semua pihak perlu mematuhi Akta Kerja 1955 termasuk yang menguruskan gaji guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata demikian menjawab isu gaji guru Pasti yang didakwa berada di bawah paras minimum.
"Pasti tidak didaftarkan di bawah KPM dan kita ada Akta Kerja 1955.
"Saya percaya bahawa akta ini harus dipatuhi oleh semua pihak untuk menjaga kepentingan pekerja masing-masing," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai sama ada KPM boleh membantu menyelesaikan isu guru-guru Pasti yang menerima gaji bawah paras minimum.
Sebelum ini, tular satu memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Arahan siasatan tersebut turut melibatkan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam kerana didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah kadar gaji minimum.
Guru-guru Pasti didakwa menerima serendah RM500 bergantung kepada yuran yang dibayar ibu bapa dan kadarnya pula berbeza mengikut kawasan, selain dilaporkan tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Pada 23 Mac lalu, Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil mencadangkan agar Pas mencari dana sendiri supaya guru Pasti sekurang-kurangnya mendapat gaji bulanan melebihi paras minimum.
Jelas beliau, Pas perlu bersikap adil terharap guru-guru berkenaan dan tidak mencipta alasan untuk menutup kepincangan yang berlaku.
Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan tindakan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan JTKSM yang mahu menyiasat Pasti walaupun semua gurunya merupakan 'sukarelawan'.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 27 2024

WONG: Saya percaya Akta Kerja 1955 ini harus dipatuhi oleh semua pihak untuk menjaga kepentingan pekerja masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.