Gaji yang rendah merupakan antara faktor utama pekerja di Malaysia menimbang untuk meninggalkan negara.
Menerusi satu tinjauan atas talian yang dikendalikan laman web Astro AWANI, secara keseluruhan hampir 74 peratus pekerja di Malaysia pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia.
Satu tinjauan online telah dilakukan oleh Astro AWANI bertajuk, “Adakah anda akan terus berada di Malaysia atau pernah membuat pertimbangan untuk tinggalkan Malaysia?” dan kajian ini telah dikendalikan berdasarkan laporan terdahulu oleh laman web pekerjaan Scoot.my.
Dalam tempoh 24 jam, seramai 5,517 responden telah memberikan pandangan mereka.
BACA: Is whining the only thing that young Malays are good at?
Berdasarkan hasil kajian AWANI, 74 peratus pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan negara berbanding 26 peratus yang berkata ‘Tidak’.
Daripada yang berkata ‘Ya’, 49 peratus berpandangan bahawa gaji yang rendah menjadi faktor utama untuk mereka berhijrah, manakala 22 peratus berkata mereka sudah bosan dengan negara sendiri.
Faktor lain adalah mereka mahu mendekati budaya baharu (12%), diskriminasi perkauman (8%) dan lain-lain (9%).
Daripada responden yang menjawab ‘Tidak’, kebanyakan kalangan rakyat berkata kesetiaan dan cinta terhadap negara menjadi faktor utama untuk mereka terus tinggal di Malaysia (69%).
Malah, keluarga dan rakan-rakan (23%) serta suami isteri (4%) juga menjadi antara faktor untuk mereka melupakan cadangan tersebut.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga petrol menambahkan beban dan antara punca berlakunya kenaikan harga barang.
Katanya, kerajaan sedar tekanan yang dihadapi ekonomi kelas pertengahan akibat peningkatan kos sara hidup.
Sementara itu, baru-baru ini tersebar sebuah video yang memaparkan seorang anak muda bernama Zahra yang berpeluang untuk berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri.
Di atas platform tersebut, Zahra meluahkan kebimbangannya terhadap kos sara hidup anak muda yang baru meniti alam pekerjaan.
Ucapan Zahra turut mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak.
BACA: #SayaMaisarah, jawapan anak muda terhadap keluhan #SayaZAHRA
BACA: UNDIAN: Terus berada di Malaysia atau tinggalkan negara?
Kohilah Sekaran
Sat Jul 11 2015
Daripada 5,452 responden, hampir 74 peratus daripada pekerja rakyat Malaysia pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia.
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah baharu
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai KM esok pada pukul 10.30 pagi.
PRN Sabah: Tanggungjawab besar menanti bakal Ketua Menteri
Keputusan Pilihanraya Negeri Sabah pada Sabtu membuktikan terdapat peralihan undi dalam kalangan pengundi Kadazan, Dusun dan Murut.
PRN Sabah: PKR hormat pilihan rakyat - Anwar Ibrahim
Presiden PKR Anwar Ibrahim harap proses pembentukan kerajaan negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.
PRN Sabah: Bung Moktar, Hajiji menghadap Tun Juhar
Tun Juhar akan umum siapa calon yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah.
PRN Sabah: Ketua parti GRS menghadap TYT Sabah hari ini - Annuar Musa
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
PRN Sabah: Kerajaan baharu GRS komited bangunkan Sabah - Muhyiddin
PM beri jaminan tersebut sejurus selepas GRS berjaya meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Negeri.
PRN Sabah: Warisan Plus tunggu keputusan rasmi
Pemimpin dan penyokong Warisan Plus berhimpun di kediaman Shafie Apdal bagi menunggu keputusan rasmi PRN Sabah.
Huawei lancar Mate Xs bagi pasaran Malaysia dengan perkhidmatan penghantaran VIP
Firma pengeluar telefon pintar terkemuka China, Huawei kini melancarkan penjualan model terbaharunya telefon lipat Mate Xs bagi pasaran Malaysia.
Sertai kerancakan BPL bersama Astro Awani
Sertai perbincangan liga perdana Inggeris Barclays (BPL) bersama rancangan terbaharu Astro Awani.
Gaji rendah faktor utama segolongan rakyat pertimbang tinggalkan Malaysia
Menerusi satu kajian yang dikendalikan laman web Astro AWANI, majoriti pekerja rakyat Malaysia pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia.