BATU GAJAH: Dibuka secara percuma kepada pengunjung sehingga awal September ini, Seniman Diraja Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat berharap Galeri Rumah Lat akan menawarkan tiket masuk berpatutan kepada pengunjung.
Lat berkata ini kerana pengunjung yang hadir kebanyakannya orang awam terdiri daripada keluarga dan kanak-kanak yang mahu melihat hasil seninya dan menikmati pemandangan Rumah Bumbung Lima atau Rumah Limas yang mengabadikan sejarah kehidupan beliau sepanjang bergelar kartunis.
"Seronok saya lihat kanak-kanak dan pengunjung setempat serta dari jauh yang datang nak melihat hasil karya saya. Kalau boleh tiket tu nanti biarlah murah, mampu milik untuk mereka ini semua," katanya kepada Bernama ketika meluangkan masa menyantuni pengunjung ke galeri itu semalam.
Lat berkata biarpun dirinya tidak akan sering berada di galeri itu, namun beliau berkata pengunjung akan sentiasa merasa dirinya berada di situ.
"Jika ada jemputan saya akan datang, galeri ini umpama diri saya, semua sejarah dan pencapaian saya diabadikan di sini, replika rumah lama tempat saya bersama ibu ayah dan lima beradik juga semuanya diabadikan di sini, mereka yang hadir akan merasa kehadiran saya di sini," kata kartunis tersohor tanah air itu.
Berkongsi keterujaan, Lat berkata pelbagai perancangan telah diatur Lembaga Muzium Negeri Perak di galeri itu antaranya bengkel dan seminar dirinya bersama kartunis terkenal dari seluruh tanah air seperti Ujang, Rossem dan Sireh.
Tinjauan semalam mendapati sebaik galeri itu dibuka pada 10 pagi, telah ramai pengunjung yang tiba untuk melihat dari dekat hasil karya Lat sejak beliau aktif menjadi kartunis seawal tahun 1963.
Di suatu sudut terdapat gambar poster bersaiz besar Lat bergaya di atas sebuah motosikal yang dibeli hasil beliau berkarya sewaktu usianya 17 tahun.
Di sudut lain turut boleh dilihat meja kegemaran yang digunakan oleh Lat melukis karyanya.
Terdapat juga jualan cenderamata seperti kemeja T, rantai kunci, mug dan topi yang mengabadikan kartun beliau menjadi rebutan pengunjung.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak Mohamad Amir Mohd Dahalan ketika dihubungi berkata setakat ini harga tiket ke galeri itu belum lagi ditentukan dan akan diumumkan kemudian.
Katanya sejak dibuka 9 Julai lepas sehingga semalam, lebih 11,000 pengunjung telah mengunjungi galeri itu.
"Pelbagai acara menarik akan diadakan di galeri ini seperti Bengkel Melukis Bersama Datuk Lat dan Program Lat and Friends," katanya.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 8 Julai lepas berkenan merasmikan Galeri Rumah Lat.
Galeri ini beroperasi dari Ahad sehingga Selasa, bermula 10 pagi hingga 4 petang manakala Isnin ditutup. Masuk adalah percuma sehingga awal September ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Lat (dua, kanan) bergambar bersama pengunjung di hadapan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah. Sejak dibuka 9 Julai lepas sehingga semalam, lebih 11,000 pengunjung telah mengunjungi galeri itu. - Foto Lembaga Muzium Negeri Perak
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Lembaga Muzium Perak jamin harga tiket Galeri Rumah Lat berpatutan
Kadar bayaran tiket memasuki Galeri Rumah Lat kini masih menunggu kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak yang akan bermesyuarat bulan ini.
Galeri Rumah Lat: Harga tiket perlu munasabah elak jadi projek 'gajah putih'
Mohd Odzman berharap harga tiket yang akan mula dikenakan kepada pengunjung pada September munasabah serta tidak membebankan.
Galeri Rumah Lat: Masuk percuma hingga September, Lat harap tiket berpatutan
Ini kerana, katanya, pengunjung yang hadir melihat hasil seninya kebanyakannya orang awam terdiri daripada keluarga dan kanak-kanak.
Sultan Perak berkenan rasmi Galeri Rumah Lat
Galeri di Jalan Bemban, Batu Gajah itu menempatkan kesemua hasil karya seni yang dihasilkan Datuk Lat pada sepanjang tempoh kariernya sejak dari tahun 1962.