Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata pemilik taska dan tiga pekerjanya itu ditahan sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan.
"Tempoh reman mereka tamat hari ini dan polis sambung tempoh reman sehingga Selasa bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Pekerja dan pemilik taska ditahan reman
![Gambar curi yang diviralkan dalam media sosial itu antara lain memaparkan gambar tiga kanak-kanak dengan keadaan tangan dan mulut ditutup. - Foto Astro AWANI](http://img.astroawani.com/2017-01/71484991050_freesize.jpg)
Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu.
Pemeriksaan di hospital bagaimanapun mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.