IPOH: Mungkin kita biasa melihat kenderaan seperti motosikal, kereta mahupun lori dibaik pulih atau diselenggara, tetapi jarang pula halnya dengan gerabak kereta api atau lokomotif.
Namun senario ini dapat diihat di Jalan Tun Abdul Razak, di sini, seawal pukul 8 pagi bila mana S.Ganesan,49, bersama sekumpulan pekerjanya termasuk jurutera menjalankan kerja-kerja menyelenggara gerabak kereta api dan lokomotif yang dihantar oleh pelanggan ke 'bengkel'nya itu.
"Bidang ini cukup 'niche', pelanggannya tidak ramai, tetapi terdiri daripada syarikat-syarikat besar. Saya mula mengambil alih perniagaan ini daripada bapa saya, mendiang Datuk S Suppiah pada tahun 2018.
"Daripada 'zero' tidak ada sebarang ilmu mengenai penyelenggaraan gerabak kereta api, saya belajar sedikit demi sedikit daripada bapa dan pekerja di sini," kata Ganesan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Railfreight Engineering and Logistic Sdn Bhd.
Menyingkap mengenai sejarah dirinya dengan dunia kereta api, anak jati Ipoh ini dan juga siswazah teknologi maklumat dari sebuah kolej swasta ini mempunyai sejarah unik kerana beliau adalah generasi keempat dalam keluarganya yang bekerja dalam bidang berkaitan kereta api.
Menurut Ganesan, mendiang moyangnya Ayadurai yang berasal dari Jaffna, Sri Lanka, pernah bekerja dengan Malayan Railway sebagai penyelenggara landasan, datuknya Selvaratnam pula bekerja di syarikat sama sebagai ketua bahagian tempahan tiket manakala bapanya pernah bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai pemandu forklift sebelum membuka syarikatnya sendiri.
Walaupun pada mulanya cuba 'lari' daripada bidang tersebut dengan bekerja sebagai penganalis teknikal di sebuah syarikat telekomunikasi di Shah Alam, namun sebagai anak lelaki tunggal daripada dua beradik akhirnya Ganesan mengambil keputusan membantu bapanya di syarikat berkenaan.
Antara khidmat yang ditawarkan syarikatnya termasuk kerja-kerja baik pulih melibatkan gerabak dengan kerosakan ringan atau kerosakan teruk akibat kemalangan.
"Selain itu kami menawarkan khidmat 'overhaul' iaitu penggantian komponen gerabak dan lokomotif juga 'sand blasting' dan mengecat badan gerabak. Untuk melakukan ujian selepas proses 'overhaul' kita mempunyai landasan sendiri untuk tujuan itu, jadi pelanggan tidak perlu mengangkut gerabak atau lokomotif tersebut ke tempat mereka untuk melakukan ujian," kata bapa kepada tiga orang cahaya mata ini.
Landasan syarikat Ganeson sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu dihubungkan ke Stesen Keretapi Ipoh bagi memudahkan gerabak atau lokomotif syarikat pelanggan dari negeri-negeri yang mempunyai hubungan dengan stesen itu.
Antara pelanggan yang menggunakan khidmat Railfreight Engineering and Logistic ialah KTMB dan syarikat-syarikat pengeluar gula, simen dan komoditi lain.
"Kebiasaannya syarikat-syarikat ini menggunakan gerabak untuk mengangkut produk mereka dari satu lokasi ke lokasi yang lain di seluruh semenanjung khususnya. Jika menggunakan jalan kereta api, sehingga sebanyak 60 gerabak boleh digunakan sekali gus untuk mengangkut produk mereka," katanya yang juga pernah bekerja sebagai pensyarah kolej.
Ganesan berkata, sistem lokomotif tidak jauh berbeza dengan sistem kenderaan lain melainkan sistem brek yang menggunakan tujahan kuasa angin kerana ia bergerak di atas landasan.
"Terdapat dua jenis sistem enjin lokomotif iaitu diesel hidraulik yang hampir sama dengan kereta, (ada enjin atau kotak gear), mereka yang belajar mengenai bidang mekanikal boleh faham sistem ini dengan mudah, manakala satu lagi jenis diesel elektrik atau elektrik sepenuhnya yang agak maju.
"Bagi mereka yang berminat dalam bidang ini, ada universiti yang menawarkan bidang ini seperti di UniKL atau boleh bekerja dengan syarikat logistik seperti KTMB atau syarikat seperti syarikat kami," katanya yang dibantu tiga jurutera mahir dan 12 pembantu teknikal di premisnya.
Memandang ke hadapan, Ganesan berharap agar dua anak lelakinya akan meneruskan legasi keluarganya dalam memberikan khidmat berterusan kepada bidang logistik negara dengan mengambil alih tempatnya di syarikat tersebut pada suatu masa nanti.
"Walaupun anak lelaki sulung berusia 12 tahun ada menunjukkan minat, namun saya juga sedar generasi zaman ini tidak boleh dipaksa, mereka mempunyai pemikiran tersendiri, tetapi saya tetap berharap...," luahnya.
Beliau menambah, syarikatnya juga mengorak langkah membawa teknologi lebih maju dalam bidang logistik dengan mula mengeluarkan lokomotif yang boleh bergerak di atas jalan raya dan juga landasan, hasil kerjasama dengan syarikat dari luar negara. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Ganesan merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang bekerja dalam bidang berkaitan kereta api. - Gambar Bernama
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.

Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.

Perkhidmatan kereta api UK lumpuh akibat kerosakan sistem komunikasi
Perkhidmatan kereta api di seluruh Britain tergendala berikutan kerosakan sistem komunikasi pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan National Rail.

13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.

Banjir: KTMB batal 12 laluan ke Pantai Timur
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membatalkan 12 laluan perkhidmatan tren Pantai Timur susulan banjir yang melanda ketika ini.

Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.

Empat orang cedera diserang dengan kapak dalam kereta api Perancis
Empat orang cedera diserang dengan kapak kecil di dalam sebuah kereta api tempatan di kawasan Paris.