Ringkasan AI
- Gangguan Bekalan Air: Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim, dan Paya Terubong akan mengalami gangguan bekalan air selama 18 jam bermula pada Jumaat malam hingga Sabtu petang.
- Punca Gangguan: Gangguan disebabkan oleh kerja-kerja pelencongan saluran paip untuk projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Air Itam, termasuk penyambungan saluran paip baru.
- Kawasan Terjejas: Sebanyak 64 lokasi di tiga kawasan tersebut akan terjejas, termasuk kawasan perumahan, jalan utama, dan tempat-tempat komersial.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk K.Pathmanathan berkata gangguan bekalan itu disebabkan kerja-kerja pelencongan saluran paip untuk projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Air Itam.
"SWSI selama 18 jam bermula 9 malam pada Jumaat hingga 3 petang, Sabtu itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam surat yang diterima oleh PBAPP pada 17 Feb lepas.
"PBAPP perlu menutup sementara lima injap di lima rumah pam untuk memudahkan kerja-kerja penyambungan akhir projek pelencongan saluran paip 600 milimeter (mm) di Lebuhraya Thean Teik, di hadapan Pasar Farlim," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan SWSI itu juga berkaitan secara langsung dengan projek pelencongan saluran paip air 600mm untuk membolehkan kerja-kerja tebatan banjir negeri yang berkaitan dengan Projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Air Itam.
Pathmanathan berkata saluran paip bekalan air keluli lembut utama sedia ada mesti dialihkan dengan selamat dari kawasan projek untuk mengelak kejadian yang boleh menyebabkan masalah bekalan air di kawasan terjejas.
Sebanyak 64 tempat di tiga kawasan mengalami SWSI antaranya All Season Place, Lebuh Rambai 1 - 17, Asia Height, Lebuhraya Thean Teik iaitu dari Pasar Farlim ke Simpang Jalan, Paya Terubong, Bomba Sukarela Jalan Thean Teik, Lengkok Angsana, Desa Baiduri, Lengkok Paya Terubong, Desa Mawar Apartment, Lengkok Tun Mohamed Salleh Ismail, Ecoworld, Lintang Angsana dan Emerald Height.
Selain itu, Lintang Kampung Melayu 1 dan 2, Fairy Height, Lintang Paya Terubong 1 - 6, GL Garden, Lintang Paya Terubong, Green Garden (Lorong Bukit Kukus), Lintang Thean Teik, Halaman Zoo Satu, serta Lintasan Kampung Melayu 1 dan 2.
Turut terkesan Jalan Angsana, Lorong Bukit Kukus, Jalan Beriksa 1 - 4, Lorong Rambutan, Jalan Buah Jambu, Lorong Rhu 1 dan 2, Jalan Buah Limau, Medan Angsana 1 - 4, Jalan Bukit Kukus, Medan Angsana Apartment dan Jalan Lembah Ria.
-- BERNAMA
