KOTA BHARU: Masalah gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat sejak beberapa hari lepas semakin pulih berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas sudah beroperasi seperti biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata ia berikutan hasil tindakan segera pihak berwajib menyelesaikan masalah tersebut.
"Daripada krisis kepada tindakan. Berpadu tenaga melawan masa. Loji Rawatan Air Kelar, Pasir Mas telah pulih seperti biasa. Tahniah semua," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Pada Sabtu, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataannya memaklumkan sebanyak 48,635 pelanggan AKSB sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lepas.
Gangguan bekalan air itu yang dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri, berlaku akibat penurunan paras air yang kritikal di muka sauk LRA Kelar berikutan fenomena El Nino serta kerosakan dua unit pam disebabkan mendapan pasir dan sampah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Pihak AKSB berusaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air, antaranya dengan pemasangan pam tambahan di luar muka sauk dan kerja pembersihan muka sauk LRA Kelar. - Foto Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kelantan
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.