KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dijangka mencapai kira-kira 40 peratus pada 8 pagi esok dan 90 peratus pada 8 malam.
"Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada 8 pagi Jumaat," menurut Air Selangor di laman Facebook rasminya, hari ini.
Menurut kenyataan itu, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor juga meminta pengguna supaya tidak bimbang sekiranya bekalan air yang diterima berwarna kerana situasi itu lazim berlaku semasa bekalan air terputus disebabkan oleh gangguan bekalan air berjadual atau tidak berjadual.
"Bekalan air yang disambung semula boleh menyebabkan pemendapan sedimen dalam paip utama yang telah kosong terampai semula. Ini mengakibatkan bekalan air berubah warna," menurut kenyataan itu.
Air Selangor menasihatkan pengguna yang mengalami bekalan air berwarna supaya membiarkan paip air mengalir selama lima hingga 10 minit sehingga kembali jernih sebelum digunakan namun sekiranya bekalan air masih berwarna, mereka boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau 'Help Centre' untuk pemeriksaan dan tindakan susulan.
Menurut kenyataan itu, Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Kenyataan itu memaklumkan bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai.
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ dan saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
Terdahulu, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaludin dalam kenyataan memaklumkan pencemaran bau berkenaan yang dikesan sejak Isnin lepas berpunca daripada premis kilang dipercayai memproses bahan akrilik untuk dikitar semula.
Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan air tidak berjadual ekoran empat LRA dihenti tugas sementara berikutan pencemaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721807029_gangguanbekalanair.jpg)
Air Selangor menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
![3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air 3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603106947_BEKALANAIR.jpg)
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
![Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707316878_Pathmanathan.jpg)
Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.
![Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722829733_watertap.jpg)
Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.
![Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734075869_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
![Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728124366_PBAPP.jpg)
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
![Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732770775_airkelantanlogo.jpg)
Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.
![Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732182864_NajwanHalimi.jpg)
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
![3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP 3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731762715_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
![Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712562434_air.jpg)
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.