KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir pada 3.30 petang hari ini.
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kejadian tersebut mengakibatkan tren-tren tambahan dari Depoh LRT Subang tidak dapat digerakkan untuk kegunaan operasi pada waktu puncak.
"Susulan daripada gangguan ini, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kekerapan tren 4 hingga 5 minit.
"Beberapa fasiliti seperti eskalator, lampu dan lif di tiga stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Stesen Taman Bahagia dan Stesen Taman Jaya tidak dapat berfungsi namun pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan LRT seperti biasa di stesen-stesen tersebut," menurut kenyataan tersebut.
Menurut Prasarana, para pengguna perkhidmatan LRT disaran menggunakan laluan rel alternatif seperti laluan LRT KL Sentral ke MRT Muzium Negara dan Monorel KL Sentral, LRT Dang Wangi ke Monorel Bukit Nanas, LRT KLCC ke MRT Persiaran KLCC serta LRT Ampang Park ke MRT Ampang Park.
Prasarana turut memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh jurutera Rapid Rail dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada pengguna menerusi kenyataan media serta platform media sosial Rapid KL.
"Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen juga telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang. Pengumuman di platform juga dijalankan secara berterusan," menurut kenyataan itu.
Pihak Rapid Rail turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan yang dialami oleh para penumpang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
![Gangguan kuasa jejas kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Gangguan kuasa jejas kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713274078_LRT.jpg)
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir pada 3.30 petang hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Gangguan kuasa jejas kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Gangguan kuasa jejas kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713274078_LRT.jpg)
Gangguan kuasa jejas kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir pada 3.30 petang hari ini.
![LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi esok LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668331153_LRTSHAHALAM.jpg)
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi esok
Kementerian Pengangkutan memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya kepada pengguna pada Isnin mulai jam 6 pagi.
![Tambahan 14 gerabak baharu INNOVIA Metro300 tingkat kekerapan tren LRT Tambahan 14 gerabak baharu INNOVIA Metro300 tingkat kekerapan tren LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453116332_NewLRT.jpg)
Tambahan 14 gerabak baharu INNOVIA Metro300 tingkat kekerapan tren LRT
Dengan 14 set gerabak baharu ini, kekerapan tren di laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkatkan kepada selang dua minit apabila ia mula beroperasi Jun nanti.