KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah mengarahkan pegawainya dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menghubungi dan membantu bekas perenang negara Cindy Ong yang dikatakan mengalami gangguan seksual ketika bergelar atlet negara.
Reezal Merican menegaskan pihaknya akan membantu membuat laporan polis berhubung perbuatan itu dan memberi jaminan MSN akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan mereka.
Beliau mengakui amat terkesan selain berasa marah dan kecewa mengikuti kisah yang dilalui Cindy suatu masa dahulu serta atlet lain yang terlibat seperti dilaporkan oleh media baru-baru ini.
"Perkara seperti ini boleh terjadi dan terus terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kira atlet, pegawai, jurulatih mahupun staf sokongan; lelaki atau wanita, sekiranya tiada tindakan diambil.
"Bagi saya, tiada kompromi dan tiada perlindungan untuk mana-mana jurulatih dan pegawai jika didapati bersalah. Pelaku tidak akan dilindungi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Reezal Merican berkata gangguan berkenaan tidak seharusnya berlaku terhadap mana-mana atlet negara kerana setiap atlet dan pegawai harus berada dalam suasana yang selamat di dalam pusat latihan kebangsaan selain tidak mengganggu usaha pembangunan bakat dan sukan negara.
Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya dan MSN akan memberikan sokongan penuh dan juga terus memperkasa platform seperti Jawatankuasa Perwakilan Atlet MSN; Jawatankuasa Salah Laku & Gangguan Dalam Sukan MSN; dan juga Suruhanjaya Atlet di bawah Majlis Olimpik Malaysia agar mudah untuk atlet dan pegawai tampil membuat laporan jika berlaku insiden sedemikian.
Pada masa sama, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak menormalisasikan gangguan sedemikian tanpa sebarang tindakan lanjut.
"Kita semua ada keluarga, anak, isteri, adik-beradik yang mungkin terdedah kepada ancaman seperti ini. Berat untuk kita lalui dengan perasaan tidak dapat melindungi orang yang kita sayang," tambahnya.
Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan pendedahan Cindy dan seorang lagi bekas perenang yang mendakwa mengalami gangguan dan serangan seksual selama bertahun-tahun ketika bergelar perenang negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021

Reezal Merican berkata gangguan berkenaan tidak seharusnya berlaku terhadap mana-mana atlet negara. - Foto Astro AWANI

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

KPKT fokus tiga agenda utama bantu rakyat - Reezal Merican
Antara fokus utama ialah program imunisasi bagi mereka yang terbabit dalam Program Perumahan Rakyat (PPR).

Agong zahir ucapan tahniah buat atlet yang layak ke Olimpik 2020
Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan Jalur Gemilang kepada Menteri Belia dan Sukan sebagai tanda simbolik penerimaan.

'Tidak kira siapa kesebelasan utama, buat yang terbaik', pesan Reezal buat Harimau Malaya
Reezal Merican mendoakan agar semua pemain dapat kekal cergas untuk perlawanan malam nanti.

Gangguan seksual: Reezal arah pegawai, MSN bantu Cindy Ong
Reezal Merican berkata gangguan berkenaan tidak seharusnya berlaku terhadap mana-mana atlet negara.

PM setuju tubuh kumpulan khas anak muda berkepakaran
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menubuhkan kumpulan khas penasihat anak muda berkepakaran.

TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.

KBS agih topeng muka, cecair pembasmi kuman kepada pekerja ekonomi GIG
Reezal Merican berkata, pengagihan itu diberikan di empat lokasi berlainan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang ini.

PM pengerusikan mesyuarat khas mengenai COVID-19
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas mengenai COVID-19 di pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan Reezal Merican dapat kukuh pembangunan sukan negara
Pelantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan diharap dapat mengukuhkan struktur pembangunan sukan.

Profil Waytha beri gambaran salah mengenai negara - Reezal
Profil P Waytha Moorthy yang didakwa diedarkan dalam majlis dialog anjuran NICRE di bangunan Parlimen Northern Ireland memberi gambaran salah mengenai suasana sebenar negara.