PANGKALAN Tentera Udara Amerika Syarikat di Nevada atau lebih dikenali sebagai Area 51, sering mendapat jolokan dan reputasi sebagai fasiliti dan makmal untuk ujian saintifik membabitkan makhluk asing.
Baru-baru ini, sebuah pesawat misteri dapat dilihat di bahagian utara Area 51, memetik laporan The Drive, yang melaporkan objek berkenaan merupakan rakaman imej satelit.
Imej berkenaan yang dipercayai dirakam Planet Labs, menyerupai sebuah jet pejuang tanpa sayap berbentuk delta dan dilaporkan tidak pernah kelihatan sebelum ini.
Planet Labs juga melaporkan mengenal pasti beberapa aktiviti di hangar lapangan Area 51 di mana pesawat berkenaan berada – dan aneh kerana tidak pernah berlaku sebarang aktiviti ketenteraan di situ.
“Pesawat itu berukuran 65 kaki dan mempunyai kelebaran 50 kaki – mempunyai sayap mirip pesawat Concorde, dengan lengkung yang berbentuk moden, lapor Planet Labs.
Tujuan pesawat itu berada di situ masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Ada juga yang berpendapat pesawat misteri berkenaan itu berkemungkinan digunakan sebagai prototaip untuk membina jet misil berkelajuan laju.
Lokasi itu mempunya beberapa fasiliti sulit untuk program kajian, dengan kawasan di sekelilingnya ditutup untuk orang ramai dan ahli tentera. Kebiasaannya, Area 51 digunakan utnuk kajian sains yang membabitkan makhluk asing dan objek tidak dikenal pasti (UFO).
The Drive turut melaporkan, ia mungkin pesawat lama yang disimpan di lokasi itu.
Agensi
Thu Feb 03 2022

Pesawat itu turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan mereka yang gemarkan sains fiksyen. - Gambar tangkapan layar Sputnik News

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bangkai 'makhluk asing' dibedah siasat
Sebilangan netizen menyatakan bahawa semua imej itu palsu dan dihasilkan menggunakan aplikasi kepintaran buatan, Midjourney.

Ganjil! Imej pesawat "misteri" dirakam
Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Nevada atau lebih dikenali sebagai Area 51, sering mendapat jolokan dan reputasi sebagai lokasi untuk mengenal pasti pendedahan membabitkan makhluk asing.

Area 51: 1.7 juta sedia 'serang' pangkalan makhluk asing
Biarpun hanya satu jenaka, ia menarik lebih 1.7 pengguna untuk mengesahkan kehadiran mereka ke acara itu.