NIBONG TEBAL: Garis Panduan Program Dwibahasa (DLP) terpakai untuk semua sekolah kerajaan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata semua sekolah kerajaan perlu mempunyai satu kelas mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Beliau sekali gus menafikan dakwaan bahawa terdapat sekolah yang tidak perlu mematuhi Garis Panduan DLP.
"(Dakwaan itu) tidak betul. Semua (sekolah) kita sudah minta untuk pakai dan rujuk garis panduan. Tidak ada masalah setakat ini.
"Bagi sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan, kita akan turun dan bantu mereka," katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan MBMMBI di sini hari ini.
Mengenai Program Sekolah Pengajar dan MBMMBI, Fadhlina berkata ia satu daripada usaha bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Beliau berkata program itu yang dibangunkan bersama institut latihan perguruan, menyaksikan pakar dari institut itu dihantar ke sekolah terpilih untuk menambah baik kaedah pengajaran dalam bahasa berkenaan.
Program berkenaan, katanya dilaksanakan melalui Sekolah Pengajar Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia dan antara aktiviti ialah bacaan kritis, cakna bahasa, program pembudayaan membaca dan aktiviti kebahasaan.
Fadhlina turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pengambilan sukarelawan guru Bahasa Inggeris dari Singapura yang akan ditempatkan di kawasan miskin bandar, desa dan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Lantikan ini tidak melibatkan sebarang bebanan kos tambahan seperti telahan sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah bukti kerjasama erat diplomatik antara Malaysia dan Singapura.
"Khidmat guru sukarelawan ini akan dibayar oleh kerajaan Singapura dan inisiatif ini memberi peluang kepada murid, guru dan pihak sekolah untuk mendapat pendedahan amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan inovasi yang baik," katanya.
Beliau berkata inisiatif seumpama itu sememangnya sentiasa dilaksanakan KPM dengan melibatkan pertukaran guru dari negara maju seperti Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ditemui media pada Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan Program Sahabat Bahasa Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap hari ini.- Foto Bernama
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.

Garis panduan DLP terpakai untuk semua sekolah kerajaan - Fadhlina
Semua sekolah kerajaan perlu mempunyai satu kelas mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.