KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung seorang pegawai kanan polis yang didakwa memiliki gaya hidup mewah termasuk memiliki dua jam tangan berjenama Rolex dipercayai bernilai ratusan ribu ringgit.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad bagaimanapun berkata, siasatan awal mendapati jam berkenaan itu merupakan hasil pemberian ibu dan bapanya.
“PDRM sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis yang memiliki gaya hidup mewah dengan mempunyai dua utas jam tangan Rolex.
“Hasil siasatan awal mengesahkan bahawa kedua-dua jam tangan tersebut dibeli menggunakan duit hadiah pemberian oleh ibu dan mendiang bapanya yang merupakan ahli perniagaan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: Isteri polis bergelar Datuk didakwa curi jam Rolex suami bernilai lebih RM400,000
Tegas Azri, PDRM bagaimanapun akan terus menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut bagi membuktikan kesahihan perkara berkenaan.
Khamis lalu, media melaporkan, seorang isteri pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 41 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kecurian dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda iaitu seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) nombor siri 0890R359 dan seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) nombor siri A9R56702.
Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain antara yang lantang menyuarakan isu gaya hidup mewah dalam kalangan anggotanya meskipun tidak memegang jawatan tinggi.
Hilmi Malik
Sat Oct 14 2023
![Gaya hidup mewah, polis siasat pegawai kanan miliki dua jam tangan Rolex Gaya hidup mewah, polis siasat pegawai kanan miliki dua jam tangan Rolex](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697277412_AzriAhmad.jpg)
Datuk Seri Azri Ahmad bagaimanapun berkata, siasatan awal mendapati jam berkenaan itu merupakan hasil pemberian ibu dan bapanya. - Gambar fail
Suami isteri nyaris maut, kenderaan dihempap balak
Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda yang dinaiki dihempap kayu balak yang jatuh dari lori yang sedang bergerak di Jalan Merotai - Kalabakan.
MPOGCF sumbang RM49,350 sokong pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
MPOGCF memaklumkan sumbangan RM49,350 bertujuan menyokong usaha-usaha yang dilakukan BSBCC dalam memulihara beruang matahari Borneo yang semakin diancam risiko kepupusan.
Riverside Majestic saji juadah berbuka puasa selera Melayu
Hidangan tradisi negeri-negeri di Malaysia dan hidangan ala kampung nelayan menjadi tema juadah yang akan dipromosi sempena sambutan ramadan di rangkaian hotel ternama di Sarawak tahun ini.
![Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729076751_najib.jpg)
Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.
Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Parlimen UK
Speaker Parliamen UK, Sir Lindsay Hoyle memaklumkan tujuan pertemuan adalah bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan legislatif dan persahabatan yang telah terjalin antara Malaysia dan UK.
Pengurangan aktiviti pembalakan bantu kurangkan kesan pemanasan global
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Saleh menjelaskan tindakan pantas kerajaan menghentikan aktiviti pembalakan sejak beberapa tahun lalu, telah membantu mengurangkan kesan pemanasan global.
Hajiji ingatkan penjawat awam tidak terlibat rasuah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan setiap penjawat awam mengenai tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh dedikasi, bukan hanya untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi juga untuk kecemerlangan organisasi, negeri, dan rakyat.
Empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka siap 2029
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan projek mega ini dijangka siap pada tahun 2029 dan akan menjadi sumber utama bekalan air mentah terutama di beberapa daerah utama negeri ini.
Kerajaan sokong aspirasi Sarawak jadi hab pengeluaran hidrogen
Kerajaan Persekutuan menyokong aspirasi kerajaan Sarawak dalam mencapai matlamat peralihan tenaga sektor bekalan elektrik yang telah ditetapkan negeri itu, khususnya untuk meningkatkan lagi kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) kepada 15 gigawatt (GW) menjelang 2035.
![ATC 2025: Muhammad Shah Firdaus tampil dengan strategi baharu ATC 2025: Muhammad Shah Firdaus tampil dengan strategi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740045677_TBATC.jpg)
ATC 2025: Muhammad Shah Firdaus tampil dengan strategi baharu
Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak mahu menjadikan alasan penggunaan gear basikal lebih kecil untuk tidak menyerlah pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
![Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740030287_tbsampahelektronik.jpg)
Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.
![PDRM terima 482 laporan sindiket job scam libatkan 628 rakyat Malaysia PDRM terima 482 laporan sindiket job scam libatkan 628 rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710749167_ShamsulAnuarNasara.jpg)
PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.
![1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas 1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739786664_AzriAhmad.jpg)
1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
![Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739789626_EdisiSiasatAzriA.jpg)
Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.
![Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739680437_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
![PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.
![KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719417313_pistol.jpg)
KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.