MANJUNG: Aktiviti pendaratan penyu, eko-pelancongan dan struktur fizikal kawasan pantai bakal musnah serta terjejas sekiranya kerajaan negeri tidak menggazetkan semula Pantai Pasir Panjang, Segari yang kini diancam penerokaan haram.
Penyelidik Lapangan Persatuan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir tanpa kebenaran pihak berkuasa sejak November lepas.
"Kita bersama-sama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat aduan mengenai aktiviti pengorekan pasir pada pihak berkuasa pada 4 Nov lepas dan turun sendiri melihat kawasan diterokai itu empat hari kemudian selepas penduduk kampung memaklumkan ia masih berlaku.
"Pihak komuniti Segari memaklumkan pihak berkuasa memasuki kawasan terbabit pada awal Disember lepas dan beranggapan tindakan sewajarnya telah diambil namun amat mengejutkan kerana wujud pergerakan jentera selain kawasan telah dipagar pada 28 Dis.
"Kami kemudian ke kawasan itu dua hari lepas dan mendapati kawasan hutan di pesisir pantai telah ditebang bagi memberi laluan untuk mengangkut keluar pasir yang dilombong melalui jalan laut.
"Terdapat banyak pokok dilonggokkan selain kemusnahan alam sekitar. Ini sangat mendukacitakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di kawasan penerokaan haram tersebut, kira-kira 91 kilometer dari Ipoh pada Selasa, yang turut dihadiri penduduk kampung berdekatan yang membuat bantahan aman berikutan aktiviti pengambilan pasir itu.
Meor Razak berkata sehingga kini, kira-kira 30 peratus dari 130 hektar kawasan tersebut telah diterokai secara haram sehingga dibimbangi akan memusnahkan kawasan pendaratan penyu, impak kepada ekosistem persisiran pantai selain mengancam kepupusan habitat dan haiwan seperti Beruang Matahari.
"Berdasarkan dokumen Rancangan Fizikal Negara (RFN), semua kawasan pendaratan penyu di Semenanjung Malaysia termasuk disini, telah dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1).
"Ia tidak boleh dibangunkan untuk sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali eko-pelancongan yang berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan.
"Kegiatan pengambilan pasir dibimbangi boleh mengganggu dan memusnahkan struktur fizikal kawasan pantai dan menyebabkan tidak sesuai lagi untuk penyu mendarat dan bertelur di kawasan tersebut," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata pihak terlibat dalam penerokaan haram itu seolah-olah tidak menghiraukan garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa dan masih meneruskan aktiviti pengorekan pasir sehingga pada Selasa.
Pemerhatian Bernama di kawasan itu mendapati wujudnya pokok yang telah ditumbangkan, longgokan kayu yang telah ditebang, kemusnahan hutan pesisir pantai selain kelibat tiga jentera pengorek pasir di kawasan hutan yang telah 'dipagar' dengan garisan kuning dari pihak berkuasa.
Bernama sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak menerima sebarang permohonan dan tiada kebenaran dikeluarkan pihak tersebut sehingga hari ini malah telah mengarahkan kerja-kerja projek itu dihentikan serta-merta.
Malah, pihak yang menjalankan aktiviti pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang, Manjung sudah beberapa kali diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya menghentikan kerja di tapak namun tetap berdegil walaupun tidak memperoleh sebarang kebenaran.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip dilapor berkata kerja-kerja di tapak itu dikesan sejak November lepas dan pihaknya dengan kerjasama MPM telah mengarahkan supaya ia dihentikan sementara menunggu kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir tanpa kebenaran November lepas. - Gambar/ Persatuan Aktivis Sahabat Alam

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Segera warta kawasan Pantai Pasir Panjang
Kerja-kerja perlombongan pasir di Tanjung Hantu dilihat masih beroperasi meskipun pelbagai bantahan telah disuarakan.

Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak
PTG Perak tidak pernah mengeluarkan kelulusan lesen kepada sesiapa pun untuk mengambil pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut.

Operasi korek pasir silika atas tanah milik syarikat
Lot tersebut bukannya berstatus tanah kerajaan menyebabkan pihaknya sukar untuk menyita jentera dan menahan individu yang terbabit.

Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa
Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir.

MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
Lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).