PARIT BUNTAR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai sweep under the carpet' atau disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah yang sebenarnya boleh diambil tindakan atau pendekatan untuk menyelesaikannya.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya memberikan perhatian penuh mengenai perkara itu, dengan menambah baik garis panduan menangani gejala buli di peringkat institusi KPM, dengan kerjasama semua agensi termasuk polis dan pihak berkepentingan di peringkat sekolah.
"Kita juga memberikan ruang yang penuh dalam meningkatkan keupayaan dan kapasiti serta peranan guru kaunseling dan kaunselor di sekolah. Satu aspek yang penting ialah apabila kita lebih terbuka bercakap tentang perlunya mengambil sikap yang tegas dalam gejala ini, kita menerima aduan yang lebih tinggi.
"Maksudnya mereka bersedia untuk bercakap dan memberikan maklumat kepada kita. Jadi, saya mahu lihat perkara ini dalam sudut yang lebih positif mengangkat aduan ini untuk tindakan kita. Kita tak nak ada lagi kes-kes yang kita sebut sebagai sweep under the carpet yang sebenarnya kita boleh ambil tindakan", katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Antibuli Peringkat Daerah Kerian 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Parit Buntar, di sini hari ini.
Fadhlina berkata Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) diberikan ruang yang penuh, telus dan integriti, untuk memastikan semua aduan berkaitaan gejala buli dikendalikan dengan pendekatan penyelesaian yang diambil KPM.
Beliau juga berkata Program Antibuli di sekolah perlu dibawa ke peringkat yang lebih luas, dengan komitmen Jabatan Pendidikan Negeri dan yakin gejala buli di sekolah dapat ditangani dengan lebih berkesan berteraskan pendidikan.
Mengulas mengenai kes buli pelajar wanita di sebuah sekolah menengah dalam daerah Kerian di sini, Fadhlina berkata siasatan dan tindakan sedang dilakukan oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan KPM.
"Jadi sebab itu saya fikir kita sudah ada ruang, kita sudah ada penyelesaian, bagaimana tindakan harus diambil, penjelasan serta penerangan kepada ibu bapa. Saya tekankan bahawa pendekatan kita ialah pendidikan. Jadi apa pun tindakan baik, tegas, ia masih lagi dalam konteks pendidikan," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit 21 saat, memaparkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dibuli oleh dua pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah sama.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 14 Jun di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian, yang didakwa berpunca dari sikap cemburu salah seorang suspek terhadap mangsa, selepas dikatakan rapat dengan teman lelakinya berusia 15 tahun dari sekolah sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Fadhlina berkata KPM akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah.- Gambar fail/Bernama

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai sweep under the carpet' atau disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah.

Buli: Guna sepenuhnya khidmat PPS - Mazlan Lazim
Setiap sekolah diperuntukkan sekurang-kurangnya seorang PPS dan bilangan itu boleh ditambah di sekolah-sekolah yang besar.

Video buli tular babitkan pelajar di sekolah menengah di Singapura
Kejadian buli di sekolah kembali tapi kali ini berlaku di Singapura. Bagaimanapun, video buli itu mula tular dalam kalangan netizen di Malaysia.

Perlakuan ibu bapa antara penyumbang anak jadi pembuli - perunding keibubapaan
Perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.

Buli: Cadangan gantung sekolah setahun terlalu lama - Lee Lam Thye
Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

Mangsa buli tinggalkan nota sebelum bunuh diri, 'Guru sekolah tak buat apa-apa'
Ibu bapa kepada Daniel Fitzpatrick sangat kesal dengan tragedi itu dan mahu semua pihak membuka mata tentang betapa serius perbuatan membuli di sekolah.