KUALA LUMPUR: Penggunaan gelaran 'abang' oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap rakan sejawatnya dari China, Wang Yi dilihat sebagai pendekatan luar daripada norma diplomasi.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, walaupun ia boleh dianggap sebagai lambang keakraban, namun ia boleh disalah anggap oleh sesetengah pihak.
"Sebenarnya, (pengguna terma itu) tidak melibatkan dasar, ia cuma lebih kepada impak dari segi bahasa komunkasi yang mana biasanya dalam urusan diplomasi, bahasa-bahasa yang digunakan adalah lebih rasmi sifatnya.
"Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.
"Mungkin atas gestur sahaja, ataupun keakraban antara Malaysia dan China, tapi kadang-kadang ia boleh disalah anggap oleh banyak pihak," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Gelaran 'abang' mencermin hubungan peribadi, bukan Malaysia-China - Hishammuddin
Jelasnya, kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Sembrong itu tidak menjejaskan dasar luar Malaysia pada masa sama tidak menjadikan China lebih berkuasa dalam mengawal dasar Malaysia.
"Jadi saya rasa dalam konteks ini, isunya adalah bahasa diplomatik yang harus dilakukan dalam urusan rasmi.
"Tapi dari segi dasar, sebenarnya ketentuan ditetapkan oleh kita (Malaysia). Kalau dasar berjalan seperti biasa dan tidak menjadikan China sebagai kuasa hegemoni - kuasa yang boleh mengawal dasar-dasar Malaysia - kalau itu tidak berlaku, saya rasa sudah cukup.
"Dalam konteks ini, saya rasa perkara ini boleh dileraikan dan saya rasa ia telah dileraikan oleh Datuk Seri Hishammuddin," katanya.
Pada Khamis, Hishammuddin dalam sidang media dilaporkan menggelar Wang Yi sebagai abangnya serta menggambarkan hubungan Malaysia-China sebagai “sebuah keluarga besar”.
“You will always be my elder brother,” kata Hishammuddin kepada rakan sejawatnya.
Kenyataan itu menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bimbang dengan impak gelaran berkenaan kepada diplomasi negara.
Astro Awani
Sun Apr 04 2021

Hishammuddin dalam sidang media dilaporkan menggelar Wang Yi sebagai abangnya serta menggambarkan hubungan Malaysia-China sebagai -sebuah keluarga besar-. - Foto Facebook / Hishammuddin Hussein
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.