KOTA BELUD: Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan gelembung perjalanan sekurang-kurang selepas Hari Raya Aidil Fitri.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, keputusan itu masih lagi di peringkat perbincangan dan akan diputuskan jemaah menteri.
Malah, katanya, perbincangan mengenai perkara itu sedang berjalan dan kementeriannya juga akan memperhalusi kaedah terbaik bersama pihak berkepentingan.
"Kita masih menunggu keputusan kerajaan negeri, perbincangan telah dijalankan bersama-sama dengan pihak Sutera Mantanani untuk membawa satu kaedah perjalanan yang selamat secara berasingan dari Singapura terus ke Kota Kinabalu dan ke Pulau Mantanani.
"Perundingan sedang berjalan, saya di pihak kementerian tengah memperhalusi dengan pemegang taruh.
"Kalau boleh kita perketatkan dan mengikut apa juga prosedur operasi standard (SOP) dan selepas itu kita akan bincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan pihak kementerian luar, di Singapura nanti. Kita akan berbincang.... kemungkinan (pelaksanaan) selepas hari raya nanti," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Pelancaran Premium Chalets di Sutera@Mantanani anjuran Sutera Harbour Resort, Pulau Mantanani, Kota Belud, pada Rabu.
Hadir sama Ketua Pengarah Eksekutif Sutera Harbour Resort, Gilbert Ee.
Terdahulu, sebanyak 70 buah chalet dibuka di resort berkenaan dengan menempatkan kira-kira 50 orang kakitangan.
Aktiviti gelembung perjalanan (travel bubble) mampu meningkatkan impak dan potensi pelancongan di negeri ini.
Ruzaini Zulkepli
Wed Mar 31 2021
Aktiviti gelembung perjalanan (travel bubble) mampu meningkatkan impak dan potensi pelancongan di negeri ini.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Indonesia guna pakai skim gelembung perjalanan untuk Sidang Kemuncak G20
Skim itu akan menjadi garis panduan untuk setiap aktiviti pada sidang kemuncak dua hari di Bali yang berakhir 16 November.
Thailand bincang gelembung perjalanan dengan Malaysia, China
Thailand bakal mengadakan perbincangan dua hala berhubung gelembung perjalanan bersama Malaysia dan China.
Gelembung perjalanan domestik Langkawi berjaya, responden puas hati - Kaji selidik
Majoriti responden mempunyai keyakinan tinggi untuk melancong dalam keadaan berjaga-jaga susulan kewujudan penguatkuasaan SOP.
Indonesia batal gelembung perjalanan dengan Singapura
Sebelum ini, Kepulauan Riau berhasrat menarik kunjungan pelancong domestik ke wilayah itu sementara menantikan lampu hijau dari Jakarta.
Gelembung perjalanan: Tioman laksana percubaan SOP mulai 28 Sept
Keputusan kerajaan persekutuan itu selaras larangan rentas negeri yang dikenakan sehingga kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.
COVID-19: Empat dikesan positif tidak dibenar ke Langkawi
Pasangan suami isteri masing-masing berusia 30 tahun, seorang lelaki berusia 26 tahun dan seorang wanita berusia 40-an.
Pembukaan sektor pelancongan: Jangan hanya tertumpu kepada Langkawi - Sultan Kedah
Projek rintis tersebut perlu mencapai kejayaan agar sektor pelancongan di negeri ini dapat dikekalkan keberadaannya di pentas dunia.
Pembukaan Langkawi: Banyak perkara perlu diperbaiki terutama pematuhan SOP - Tun M
Antara tumpuan yang perlu diberikan adalah membabitkan pematuhan SOP dalam kalangan pelancong selain memudahkan proses kemasukan pelancong ke pulau peranginan itu.
Malaysia Airlines kemas kini nasihat perjalanan untuk Langkawi
Kebenaran akan bergantung kepada penilaian risiko yang termasuk status vaksinasi penumpang dan keputusan ujian COVID-19.
Projek rintis di Langkawi bakal memberikan impak positif kepada penggiat pelancongan - MITA
Industri sektor pelancongan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan