YAN: Semalam genap sebulan kejadian fenomena kepala air dan banjir lumpur yang mengorbankan enam nyawa serta mengakibatkan lebih 2,000 penduduk terjejas di beberapa kawasan di kaki Gunung Jerai.
Astro AWANI kembali semula ke kawasan paling teruk terjejas iaitu daerah Yan bagi meninjau perkembangan sesama penduduk pasca bencana.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Kampung Bakar Bata, Kampung Setul dan Kampung Tepi Laut Pantai Murni.
Bagi salah seorang mangsa, Mad Zaini Putih, 61, banjir lumpur yang berlaku dengan pantas itu meninggalkan lumpur pekat setinggi hampir 20 sentimeter (cm) di keseluruhan rumahnya.
Dia yang bekerja sebagai petani berkata kejadian itu meninggalkan kesan mendalam baginya sekeluarga di mana dia terpaksa mengambil masa hampir dua minggu untuk membersihkan kediaman itu.
"Selain rumah menjadi terlalu kotor, pelbagai peralatan elektrik dan perabit juga mengalami kerosakan antaranya mesin basuh dan kipas angin," katanya.
Bagi Norhayati Mad Nor, 52, kediamannya masih belum selesai dibersihkan sepenuhnya walaupun sudah sebulan kejadian berlaku.
"Kira nak pulih balik tu lambat sikitlah, nak cuci bagi jadi macam dahulu bukan senang.
"Barang rosak semua... kira makan masa sikitlah," katanya yang turut mengalami kerugian ribuan ringgit disebabkan pelbagai kerosakan perabot dan barangan elektrik.
Katanya, selain itu dia juga kini trauma setiap kali melihat hujan di Gunung Jerai kerana bimbang kejadian itu berulang.
Sementara itu, bagi peniaga Safrina Husin, 43, kejadian itu mengakibatkan dia terpaksa menanggung kerugian besar selepas stok barang seperti beras, gula, tepung serta air mineral tidak sempat dialihkan dan ditenggelami lumpur.
"Sekarang dalam berapa hari ini sudah okey sikit. Kejadian itu menyebabkan banyak barangan jualan rosak dan tidak dapat dijual," katanya.
Kejadian kepala air dan banjir lumpur yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang 18 Ogos lalu mengorbankan enam nyawa selepas mereka dilanda arus deras bersama bongkah batu dan kayu.
Kejadian itu juga turut mengakibatkan lebih 2,000 kediaman penduduk terjejas dan mengalami kerosakan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 18 2021
![Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631986689_TBBANJIRYAN.jpg)
Kawasan sebuah chalet yang musnah dilanda kepala air di kaki Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu. -Gambar fail/ Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688120814_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama Pas, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.
![Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635855056_Tinjauankesanbanji.jpg)
Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang
Kejadian kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai meninggalkan kesan besar kepada penduduk yang terjejas, melibatkan kerugian akibat kerosakan selain trauma berpanjangan.
![Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634741615_Yandilandabanjirk.jpg)
Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan
Sekurang-kurangnya 160 rumah terjejas akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama beberapa jam di daerah Yan, pada Rabu.
![Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631986689_TBBANJIRYAN.jpg)
Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit
Kalangan penduduk juga trauma setiap kali melihat hujan di Gunung Jerai kerana bimbang kejadian itu berulang.
![Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631196394_Hasillakaran.jpg)
Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung
Perubahan ketara dikesan di kawasan puncak dan lereng Gunung Jerai terutama membabitkan bentuk muka bumi serta aliran sungai susulan fenomena kepala air dan tanah runtuh pada 18 Ogos lalu.
![Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630573398_KepalaairdiYan.jpg)
Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.
![Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630419195_TBCHALETROSAKBANJIR.jpg)
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
![Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630083298_TBBANJIR.jpg)
Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah
Apa yang diharapkan ketika ini adalah fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding bantuan lain.
![47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai 47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629972900_BawahTimbunan.jpg)
47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu.
![Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629710544_IsmailSabriPMBa.jpg)
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta
Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak.