KUALA LANGAT: Polis menumpaskan Geng Muruku yang aktif menyamun dan melakukan rompakan dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di sini dan Bandar Baru Klang, Klang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, geng tersebut dipercayai aktif merompak, menyamun dan mengambil apa sahaja termasuk haiwan peliharaan serta barang makanan.
Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang pesara berusia 69 tahun yang bertugas sebagai setiausaha di sebuah kuil di Telok Bunut, Banting selepas rumah ibadat berkenaan disamun oleh suspek terbabit pada Isnin.
"Dalam kejadian tersebut dua orang pekerja kuil mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul dengan kayu oleh suspek.
"Suspek menyasarkan kuil untuk merompak barang kemas yang digunakan ketika upacara sembahyang.
"Barang-barang yang hilang berupa pasport, telefon bimbit, komputer riba, wang tunai RM7,800 serta barang kemas bernilai RM16,000 milik kuil," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan dua suspek dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Klang sekitar jam 12.15 tengah malam pada Selasa.
"Hasil soal siasat pada 4 Januari jam lebih kurang 4.45 pagi serbuan kedua dibuat dan berjaya memberkas tiga lelaki tempatan di kawasan Banting," katanya.
Katanya, pihaknya berjaya menemui barang milik mangsa dan sejumlah barang disyaki hasil kegiatan jenayah membabitkan beberapa kes pecah rumah, pecah kedai, pecah pejabat dan samun.
Pihak polis percaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes samun dan 10 kes pecah rumah di sekitar Banting, Kuala Selangor dan Klang.
"Antara kes berjaya diselesaikan ialah pecah Pejabat Peladang pada 30 Disember dan beberapa kes samun rumah, samun kebun sayur, samun kedai runcit, samun kuil dan pasar raya daripada bulan Oktober 2021 hingga Januari," katanya.
Ahmad Ridhwan berkata, kesemua suspek yang berusia 18 sehingga 30 tahun didapati mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.
Tambah Ahmad Ridhwan, pihaknya sudah mengenal pasti seorang lagi suspek yang masih bebas dan usaha mengesan lelaki tersebut sedang giat dijalankan.
"Suspek direman enam hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," ujar beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 06 2022
Antara barang rampasan dipercayai hasil pecah rumah dan samun oleh Geng Maruku. -Foto Sinar Harian
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari.
#AWANIRingkas 2 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 2 Februari 2025
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini.
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Geng Muruku rompak kuil, curi haiwan peliharaan tumpas
Dalam kejadian tersebut dua orang pekerja kuil mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul dengan kayu oleh suspek.