KUALA LUMPUR: Keputusan memberikan pinjaman tanpa cagaran seperti yang dilakukan kepada Genting Hong Kong bukan ditentukan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham.
Sebaliknya, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, keputusan itu ditentukan sendiri bank yang menawarkan pinjaman berkenaan.
Menurut beliau, setiap bank mempunyai penilaian mereka yang tersendiri bagi menilai banyak aspek termasuk keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik pinjaman.
“Dari segi dasar, Bank Negara Malaysia telah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dan selagi bank-bank ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka bebas untuk memberi pinjaman mengikut budi bicara mereka.⠀
BACA: Genting Hong Kong muflis: Anwar persoal bagaimana pinjaman tanpa jaminan diberi dengan mudah
BACA: Genting Hong Kong muflis tidak beri impak kepada ekonomi Malaysia - Azmin
BACA: Maybank sifatkan dakwaan akan hadapi masalah kewangan besar tidak berasas
“Isu kedua yang dibangkitkan ialah tentang peranan Khazanah, KWSP dan PNB sebagai pemegang saham di dalam bank yang terlibat. Dalam hal ini, pemegang saham tidak terlibat di dalam operasi harian sesuatu syarikat.
“Operasi harian bank diserahkan kepada pengurusan bank itu sendiri. Jika Menteri Kewangan atau pemegang saham campur tangan di dalam urusan harian bank-bank di Malaysia, jelas sekali ini tidak betul dari sudut ‘governans’ dan tadbir urus,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi status dimuat naik di Facebook beliau bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pinjaman tanpa cagaran terhadap Genting Hong Kong.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, memberikan pinjaman tanpa cagaran bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sektor perbankan.
“Bank-bank boleh meluluskan pinjaman tanpa cagaran berdasarkan kesanggupan bank tersebut mengambil risiko pada peringkat dalaman (risk appetite), penilaian kredit yang memenuhi kriteria dan kelulusan berdasarkan proses tadbir urus dalaman.
“Tambahan pula, dalam kes Genting Hong Kong, pinjaman telah diluluskan sebelum pandemik COVID- 19 melanda. Genting Hong Kong ini adalah syarikat dalam sektor libur atau ‘leisure sector’ termasuklah pelancongan.
“Tapi bila COVID-19 melanda, banyak syarikat yang bergantung kepada pelancongan terjejas. Ini sudah tentu sesuatu yang tidak dapat dijangka semasa pinjaman diluluskan,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas pinjaman diberikan kepada syarikat perjudian seperti Genting, ini penjelasan Tengku Zafrul:
“Masyarakat Malaysia merangkumi pelbagai kaum dan hari ini, sektor perbankan Islam Malaysia amat progresif dan ini membolehkan perbezaan di antara aset-aset syariah dan konvensional.
“Jadi, kalau isu ini benar-benar penting, mengapa semasa Datuk Seri (Anwar) menjadi Menteri Kewangan, tiada arahan dikeluarkan kepada bank-bank tempatan supaya tidak memberi pinjaman kepada Kumpulan Genting?”.
Katanya lagi, walaupun Genting Hong Kong mengisytiharkan mereka muflis, namun, beliau menegaskan sektor perbankan Malaysia secara keseluruhannya amat berdaya tahan dalam mengharungi pelbagai cabaran operasi perniagaan semasa.⠀
Ridauddin Daud
Sat Jan 29 2022
Keputusan memberikan pinjaman tanpa cagaran seperti yang dilakukan kepada Genting Hong Kong bukan ditentukan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham, kata Tengku Zafrul.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Pembebasan tebusan: ‘kezaliman yang tidak terbayangkan’ – Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengkritik kaedah pembebasan tujuh tawanan warga Israel di Khan Younis Gaza.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual dengan impak besar - PM Anwar
Ia satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat dan mempunyai dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat Islam.