KUALA LUMPUR:Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Gerakan Sinar Rasuah Busters yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung masalah rasuah.
Beliau berkata melalui kempen ini, rakyat diharap menjadi mata dan telinga serta mempunyai keberanian untuk melaporkan salah laku rasuah kepada pihak berwajib.
"Kalau kita tengok perkembangan isu rasuah selaras peredaran zaman, ia semakin teruk bagaikan penyakit berjangkit tidak kira sesiapa. Kita kena ada titik henti bagi perkara ini kerana rasuah merosakkan bangsa dan negara.
"Jadi, saya fikir kena ada kebangkitan bagi menimbulkan kesedaran iaitu dengan ubah sistem nilai yang ada pada rakyat," katanya ketika menjadi tetamu program Bual Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Jihad Hapuskan Rasuah' malam tadi.
Husammuddin sebelum ini dilaporkan berkata pasukan khas dalam kempen itu ketika ini melibatkan kakitangan Sinar Harian dan akan dibuka kepada orang awam selepas ini.
Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Celemans Kasim yang turut menjadi tetamu program itu pula menegaskan agensi tersebut tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku rasuah dan penyelewengan yang melibatkan rakyat Malaysia tanpa mengira status.
"Tidak kira ikan bilis atau jerung besar, sekiranya siasatan SPRM membuktikan seseorang itu bersalah, mereka akan dituduh di mahkamah mengikut proses undang-undang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021
Husammuddin: Saya fikir kena ada kebangkitan bagi menimbulkan kesedaran iaitu dengan ubah sistem nilai yang ada pada rakyat. - Gambar fail
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui Lintasan Rafah
Bermula Sabtu, Lintasan Rafah membenarkan rakyat Palestin keluar dari Gaza buat pertama kali dalam tempoh sembilan bulan.
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Hezbollah di Lubnan mengumumkan upacara pengebumian Hassan Nasrallah, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel. Ketegangan terus memuncak di selatan Lubnan.
Turki pertahan Palestin, temui pemimpin Hamas di Qatar
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, bertemu pemimpin Hamas di Qatar, membincangkan gencatan senjata dan sokongan kemanusiaan, serta menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.
Indeks rasuah negara jatuh! Bantuan anda ditagih, jadilah 'RasuahBusters'
Gerakan Sinar Rasuah Busters bertujuan membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung gejala rasuah.
Gerakan Sinar Rasuah Busters bertujuan bangkitkan kesedaran - Hussamuddin
Rakyat diharap menjadi mata dan telinga serta mempunyai keberanian untuk melaporkan salah laku rasuah kepada pihak berwajib.