KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan Kolaborasi dalam Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) bersama Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) serta Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) telah melancarkan geran peningkatan kemahiran RM30 juta untuk industri aeroangkasa dan peranti perubatan.
Susulan pelancaran itu, ketiga-tiga pihak telah menandatangani memorandum persefahaman untuk merasmikan perkongsian mereka yang bertujuan meningkatkan kemahiran bakat bagi memenuhi permintaan yang semakin kritikal dalam sektor bernilai tinggi, kata CREST dalam satu kenyataan semalam.
"Kerajaan mengiktiraf keperluan untuk kumpulan bakat berkaliber tinggi dalam memacu industri aeroangkasa serta peranti perubatan di negara ini termasuk telah memberi mandat kepada CREST untuk menguruskan geran dengan MAIA dan AMMI," katanya.
Timbalan Ketua Setiausaha (industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Hanafi Sakri berkata penetapan kerajaan bagi industri aeroangkasa serta peranti perubatan sebagai sektor pemangkin bernilai tinggi telah menyerlahkan lagi kepentingan dalam memupuk tenaga kerja mahir untuk menyokong pertumbuhan industri.
"Dengan melabur secara strategik dalam program peningkatan kemahiran, kami membolehkan individu berkembang maju dalam industri dinamik ini, memupuk inovasi selain memacu Malaysia ke arah kemajuan ekonomi yang mampan selaras dengan wawasan Malaysia MADANI," katanya.
Geran itu, yang distrukturkan untuk dilaksanakan dalam tempoh satu tahun, terdiri daripada empat program yang direka bagi menyasarkan aspek penting pembangunan bakat dalam industri.
Berdasarkan kenyataan itu, program pertama ini akan memenuhi keperluan tenaga kerja industri semasa, kerana ia menawarkan peluang kepada tenaga kerja sedia ada untuk meningkatkan set kemahiran mereka bagi memastikan mereka kekal relevan seiring dengan perubahan permintaan industri dan kekal berdaya saing dalam persekitaran pekerjaan.
"Geran ini juga direka bentuk untuk melatih dan menempatkan rakyat Malaysia yang menganggur yang akan dilengkapi dengan kemahiran teknikal yang diperlukan bagi pekerjaan dalam industri aeroangkasa dan peranti perubatan.
"Selain itu, geran itu disesuaikan untuk memperkukuh keupayaan teknikal institusi pendidikan dalam kedua-dua sektor, yang diselaraskan dengan keperluan industri.
"Program keempat, fakulti penamat, berdiri sebagai inisiatif intervensi awal yang direka khas bagi melengkapkan pelajar institusi pengajian tinggi dengan kemahiran serta pengetahuan penting untuk industri aeroangkasa dan peranti perubatan," katanya.
CREST, MAIA, serta AMMI akan menerajui usaha kolaborasi ini dengan kerjasama syarikat dan institusi pendidikan yang berkaitan dalam sektor ini, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Hanafi berkata penetapan kerajaan bagi industri aeroangkasa serta peranti perubatan sebagai sektor pemangkin bernilai tinggi menyerlahkan lagi kepentingan dalam memupuk tenaga kerja mahir untuk menyokong pertumbuhan industri. - Gambar fail/Bernama

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Geran peningkatan bakat RM30 juta dilancarkan untuk industri aeroangkasa, peranti perubatan
Perkongsian mereka bertujuan meningkatkan kemahiran bakat bagi memenuhi permintaan yang semakin kritikal dalam sektor bernilai tinggi.