TASEK GELUGOR: GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jabar Azman Jaafar berkata kemasukan pada Januari lepas merekodkan 2,915 orang dan permohonan bagi kemasukan Julai itu sekali gus menunjukkan institusi itu mendapat permintaan tinggi daripada golongan muda bagi mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).
"GiatMara merupakan institusi latihan kemahiran yang bersifat mesra komuniti dalam memenuhi tanggungjawab sosial bagi memberikan kemahiran menjamin kehidupan. Kami terus bersaing secara agresif dan proaktif dalam usaha melahirkan graduan kompetetif dalam dunia globalisasi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi GiatMara 2022 Pulau Pinang di sini hari ini.
Seramai 668 graduan menerima sijil pelbagai kursus pada majlis berkenaan di Pusat Konvensyen Perda, Kubang Menerong.
Jabar Azman berkata lepasan GiatMara semakin mendapat permintaan baik dalam kalangan majikan dan setakat ini berupaya melahirkan 86 peratus siswazah di pasaran kerjaya.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan pihaknya iaitu antara enam bulan hingga setahun selepas mengikuti latihan, lepasan GiatMara berjaya memperoleh pekerjaan dengan mendapat gaji yang tinggi kerana mempunyai kemahiran atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, bakinya mendapat pekerjaan selepas setahun menamatkan pelajaran malah ada dalam kalangan lepasan GiatMara menjadi usahawan dengan mengembangkan perniagaan dalam bidang dipelajari.
Katanya ketika ini terdapat 640 kursus ditawarkan di 231 GiatMara di seluruh negara dengan tempoh pengajian tiga bulan hingga dua tahun.
Jabar Azman berkata GiatMara Jelutong, dekat sini menawarkan kursus baharu yang pertama di Malaysia iaitu 'Family Care Services' selama enam bulan sebagai persiapan awal menghadapi cabaran negara tua 2030.
"Kursus itu sangat unik kerana menggabungkan modul asuhan awal kanak-kanak dan modul penjagaan warga emas. Program tersebut akan turut dijalankan di beberapa GiatMara lain mulai Oktober ini yang menyasarkan pembantu taska Kemas dan Perpaduan selain swasta," katanya.
GIATMARA-PELAJAR 3 (AKHIR) TASEK GELUGOR
Sementara itu, pada majlis graduasi itu, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak perempuannya menerima sijil selepas tamat mengikutI kursus Fesyen dan Jahitan Pakaian di GiatMara Batu Kawan, dekat sini.
Hawati Hassan, 59, yang berkerusi roda berkata beliau tidak menyangka berpeluang belajar di situ bersama anaknya, Farah Yuhana Muhamad Yusoff, 34, dan teruja menyarung jubah konvokesyen.
"Pada masa itu, saya hanya nak daftarkan Farah (Farah Yuhana) tapi bila saya tanya sama ada saya boleh ambil kursus tersebut... pihak pengurusan maklumkan mereka menerima pelajar tidak kira usia. Saya pun terus daftar, jadi sepanjang enam bulan saya pergi belajar dengan anak.
"Saya merupakan pelajar paling tua dalam kelas namun sangat seronok belajar malah tenaga pengajar juga mengajar saya seperti yang lain. Alhamdulillah, sekarang ini saya dan Farah sedang berusaha untuk membuka kedai menjahit pakaian, ketika ini kami hanya mengambil tempahan di rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

Maszlee Malik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Jawatankuasa Penasihat ini ditubuhkan bagi memastikan Mara Corp berperanan sepertimana yang dihasratkan.

1,281 sekolah tahfiz akan dibaik pulih oleh GiatMara
669 daripada 1,281 sekolah tahfiz akan diperiksa, dibaik pulih dan mendapat penyeggaraan teknikal elektrik oleh pasukan teknikal GiatMara untuk tahun ini.