MAKKAH: Tempoh giliran menunggu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun, menurut Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata pada masa ini, lebih 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Justeru, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia mengingatkan jemaah haji yang terpilih supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang berada di Tanah Suci dengan melakukan amal ibadat.
"Kita kena berpegang kepada dua kata kunci iaitu syukur dan sabar. Syukur sebab kita dapat berada di Tanah Suci selepas menunggu sekian lama serta sabar dengan setiap dugaan termasuk karenah teman sebilik dan cuaca panas sepanjang perjalanan haji ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan pelantikan Sahabat Maktab di sini.
TH menggunakan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan" yang telah dilaksanakan sejak dari 1995.
Melalui sistem pendaftaran terbuka ini, para pendeposit TH boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300.
Setiap pendeposit yang telah mendaftar akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023

Lebih 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. - Gambar/ Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Giliran haji kini cecah 148 tahun
Tempoh giliran menunggu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun, menurut Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.