Lebih 100 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disasar menyertai pertandingan 'Global Zakat Game' yang bertujuan meningkatkan kefahaman tentang fiqh zakat secara santai.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Abdul Hakim Amir Osman berkata permainan itu merupakan satu kaedah baharu bagi menyampaikan maklumat zakat kerana ia direka agar mudah difahami di semua peringkat umur.
Katanya, pertandingan yang menggunakan media papan permainan itu juga merupakan satu usaha yang dilakukan oleh PPZ-MAIWP bagi memastikan kefahaman dan kesedaran berkenaan zakat terus meningkat dalam kalangan masyarakat Islam.
Berucap melancarkan pertandingan itu di sini Khamis, Abdul Hakim berkata pertandingan itu yang bermula semalam adalah terbuka kepada penyertaan warga pendidik daripada SMK sekitar Kuala Lumpur.
"Kami di PPZ-WAIWP melihat bahawa warga pendidik pada masa sekarang bukan hanya berperanan sebagai guru di sekolah malah mereka turut memainkan peranan yang besar dalam pembentukan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang berguna untuk agama dan negara," katanya.
"Global Zakat Game' merupakan permainan yang diubah suai daripada permainan Saidina hasil idea daripada pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berdasarkan sukatan pelajaran subjek Pendidikan Islam tingkatan dua dan tiga.
"Setiap sekolah hanya perlu menghantar dua orang wakil dalam pertandingan akhir yang akan diadakan pada 17 Mei ini dan pemenang akan diumumkan pada hari yang sama," katanya.
Pertandingan yang julung kali diadakan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan ditaja Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Pengarah JPWPKL Datuk Foziah Buang berkata pertandingan itu diadakan dengan matlamat mendedahkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran kepada guru-guru Pendidikan Islam di dalam kelas dengan beberapa aktiviti berkaitan dengan kepentingan berzakat.
"Adalah diharapkan agar pelaksanaan program ini akan dapat mencapai semua objektif yang telah ditetapkan berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu benar-benar memberi manfaat kepada Jabatan Pendidikan dan juga orang ramai," katanya.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM yang juga pereka 'Global Zakat Game' Prof Madya Dr Azman Ab Rahman berkata beliau mengambil masa tiga bulan untuk mereka permainan itu sebelum diperkenalkan pada Oktober tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017

Abdul Hakim Amir Osman (kiri) melihat cara bermain 'Global Zakat Game' selepas melancarkan pertandingan permainan tersebut di Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, pada Khamis. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Global Zakat Game' sasar penyertaan lebih 100 SMK di Wilayah Persekutuan
Lebih 100 buah SMK di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disasar menyertai pertandingan 'Global Zakat Game' yang bertujuan meningkatkan kefahaman tentang fiqh zakat.