Graduan politeknik yang sudah memasuki bidang kerjaya digalak meneruskan pengajian menerusi program Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni Jabatan Pengajian Politeknik, Zulkifli Ibrahim berkata,ia merupakan proses pembelajaran peringkat tertinggi dengan mewujudkan laluan baharu kepada pekerja berpengalaman yang tiada ijazah sarjana muda melanjutkan pelajaran terus ke peringkat ijazah sarjana.
"Pekerja yang berminat perlu membuat permohonan bagi proses saringan.
"Pemegang diploma diberi peluang melanjutkan pengajaran sehingga ke peringkat sarjana dengan adanya pengalaman 5 hingga sepuluh tahun,'' katanya.
Zulkifli berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Alumni Politeknik Sultan Idris Shah di Saloma Bistro di sini.
Katanya, perbincangan dengan pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) juga sudah dibuat sekali gus dilihat inisiatif yang membolehkan alumni Politeknik melanjutkan pelajaran keperingkat yg lebih tinggi melalui sistem APEL.
Jelas Zulkifli, melalui sistem ini, alumni dapat memendekkan jangkamasa pembelajaran dan memudahkan pembahagian masa kerja sedia ada.
"Buat masa ini,kita dalam usaha utk membuat kertaskerja dimana alumni dapat menikmati potongan dari segi yuran.
"Persatuan alumni disarankan agar mempunyai hubungan yang erat agar dapat mempertingkatkan kebolehpasaran graduan serta menjalankan aktiviti yg menjurus kearah kebolehpasaran amatlah digalakkan,'' ujarnya.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan program APEL itu telah dibuka kepada umum sejak September 2011 bagi akses kepada program ijazah sarjana muda manakala, untuk program sijil serta diploma pula dibuka pada Februari tahun lalu.
Idris berkata, sejak program itu dilaksanakan, 170 orang telah memohon dinilai dan daripada jumlah itu 13 orang untuk akses ke program ijazah sarjana, 108 orang (ijazah sarjana muda), 47 orang (diploma) dan dua orang (sijil).
Wan Syamsul Amly
Sun May 04 2014
--gambar fail
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
MQA, UMSU meterai MoU tubuh Pusat Penilaian APEL antarabangsa pertama di Indonesia
MQA menubuhkan Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) pertama di luar negara di Indonesia.
Malaysia, Indonesia pertingkat kerjasama sektor pendidikan tinggi
Malaysia dan Indonesia meningkatkan kerjasama sektor pendidikan tinggi di bidang perubatan, sains dan teknologi serta pembangunan penyelidikan dan inovasi.
MQA komited tubuh Pusat Penilaian APEL di luar negara
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) komited untuk menubuhkan Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) Antarabangsa pertama di luar negara.
MQA perkenalkan laluan APEL kepada UAE
UAE mempunyai inisiatif setara iaitu mengiktiraf pengalaman lampau individu digunakan untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
Pengalaman kerja jadi bekalan ke universiti
Sesiapa pun berpeluang melanjutkan ke peringkat lebih tinggi biarpun kurang berkelayakan dalam akademik, asalkan mempunyai pengalaman kerja.
Graduan kolej vokasional boleh mohon IPT - KPM
KPM menolak dakwaan bahawa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tidak mengiktiraf graduan Diploma Vokasional Malaysia.
Graduan politeknik disaran sertai APEL
Graduan politeknik yang sudah memasuki bidang kerjaya digalak meneruskan pengajian menerusi program APEL.