GUA MUSANG: Gua Musang bakal menjadi kawasan pengeluar durian Musang King terbesar di negara ini.
Ini susulan kejayaan kerajaan Kelantan menarik pelaburan aktiviti agro-pelancongan dan perladangan durian Musang King bernilai RM1.4 bilion yang berpangkalan di Pos Blau, Gua Musang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, usaha itu merupakan langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan sumber pendapatan berasaskan pelancongan yang sebelum ini bergantung dengan aktiviti pembalakan.
Menurut Mohd Amar, pelaburan industri perladangan Musang King dan pelancongan itu akan dikendalikan oleh Syarikat Sindiyan Sdn Bhd di atas tanah seluas lebih 3,000 hektar.
"Projek ini boleh mengembalikan jenama itu kepada Kelantan supaya Gua Musang ini menjadi tempat pengeluaran Musang King yang utama di seluruh negara.
"Sebab perancangan eksport ini nak ke negara China dan 'agro-tourism'. Kelantan juga sedang berusaha untuk meningkatkan lagi aspek pelancongan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Tapak Pembangunan Pusat Agro Pelancongan dan Ladang Durian Musang King di Pos Blau, Gua Musang pada Khamis.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Pengerusi Sindiyan Agropark dan Datuk Roshaimi Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Hernan Corporation Sdn Bhd Anna Teo.
Sementara itu, Anna berkata, sebanyak 300,000 pokok durian Musang King dapat ditanam di atas tanah berkeluasan 10,000 ekar.
Menurutnya, syarikatnya bertindak memasarkan hasil pengeluaran durian Musang King di kawasan itu ke negara China dan negara terpilih yang lain.
"Buah dalam jangka masa lapan tahun akan mencapai 30 tan metrik tan setahun dan ini cukup memberi peluang untuk eksport ke seluruh dunia.
"Jadi sekarang ini kita eksport durian ke China tidak sampai satu peratus rakyat China boleh dapat durian dari Malaysia," katanya.
Selain ladang dan kilang pengeluaran durian Musang King, kawasan itu juga akan dilengkapi dengan masjid, perumahan, galeri rumah Orang Asli dan taman bunga-bungaan.
Projek berkenaan juga akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 200 penduduk Orang Asli tempatan.
Muhafandi Muhamad
Fri Feb 25 2022

Majlis perasmian Tapak Pembangunan Pusat Agro Pelancongan dan Ladang Durian Musang King di Pos Blau, Gua Musang pada Khamis. - Astro AWANI

Ramadan: Selangor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.
Lapan individu dipanggil siasatan bekas pegawai Ismail Sabri
SPRM akan mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disyaki terlibat rasuah.

Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan RM7.50, RM12 dan RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7.50, RM12 dan RM22 tahun ini.
AWANI Borneo [27/2/2025] – Cabaran geografi dan arus deras|Syukur SMJ|Wajib ada sijil halal
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak

Pulau Pinang lulus jajaran baharu NCPR libat kos RM2.43 bilion - Chow
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dengan kos pelaksanaan dianggar berjumlah RM2.43 bilion bagi mengurangk

Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin
Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan anak tiri
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tirinya, pertengahan bulan ini.
Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan pekeliling minggu lalu bagi memastikan bahawa segala peraturan berkait penganjuran bufet halal di negeri itu dipatuhi.
Kadar zakat fitrah Sarawak RM7.50
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi wilayah itu meningkat kepada RM7.50 berbanding RM7 tahun lalu.
Perkukuh peranan Sabah dalam industri acara perniagaan
Kerajaan Sabah akan terus mengutamakan acara perniagaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan kerjasama merentasi rantau Asia Pasifik.

Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.

Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.

Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.

Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Petani Indochina kerja keras manfaatkan permintaan pasaran durian China
Durian telah menjadi produk eksport utama dalam ekonomi Indochina -- Kemboja, Laos dan Vietnam.

Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.

Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.

Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.

Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.

Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.