Jabatan Meteorologi telah diminta untuk menghantar peralatan pengesan angin ke lokasi kejadian di mana berlaku pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di sini.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata ia bagi membantu mengesan arah angin, sekali gus memudahkan tahap pencemaran angin dikesan.
“Saya telah minta Jabatan Meteorologi untuk menghantar peralatan pengesan angin supaya kita dapat jangkakan arah angin, sekali gus membantu kita untuk mengenal pasti tahap pencemaran.
“Apa yang penting, petugas yang akan masuk perlu mengenakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk keselamatannya. Kita mahu cuci toksik itu secepat mungkin, dengan semua terbabit selamat,” katanya.
Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan Pasir Gudang supaya melakukan pencegahan dengan mengelak daripada berada di kawasan kejadian serta memakai topeng muka jenis R95.
"Kita dapati antara beberapa faktor pencemaran kimia itu tersebar dengan kelajuan angin dan arah angin, dalam radius lima kilometer pun boleh kena bahan bahaya toksik ini," katanya.
Keadaan itu menyebakan kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Datuk Osman Sapian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat ini keadaan terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan itu.
Fareez Azman
Wed Mar 13 2019

YEO: Saya telah minta Jabatan Meteorologi untuk menghantar peralatan pengesan angin supaya kita dapat jangkakan arah angin. - Gambar fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Kejadian kepala air disebabkan hujan berintensiti tinggi - MetMalaysia
Ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah.

Jerebu: Lihat saja data, tak perlu nafi lagi, kata Bee Yin kepada Nurbaya
Kata Yeo, pengesanan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan bahawa jerebu di Semenanjung Malaysia berpunca dari Sumatera manakala jerebu di Sarawak berasal dari Kalimantan.

Guna alat pengesan angin, bantu kesan tahap pencemaran - Bee Yin
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata ia bagi membantu mengesan arah angin, sekali gus memudahkan tahap pencemaran angin dikesan.