Masyarakat perlu menggunakan sumber yang sahih dan fakta yang betul dalam penulisan bagi memperoleh persamaan dan kebenaran dalam isu sejarah yang dipolemikkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata perdebatan atau polemik di media sosial adalah positif dan merupakan satu perkembangan yang baik namun polemik yang tidak tepat dan tiada kesudahan boleh memberi kesan buruk sekiranya tidak dibincangkan secara beradab, ilmiah dan didukung dengan fakta yang betul.
"Pada hemat saya, adalah menjadi satu keperluan kepada masyarakat untuk memastikan maklumat sejarah yang ditulis adalah tepat dan diperoleh dari sumber yang sahih.
"Ini bagi membolehkan tafsiran yang diberikan mempunyai asas yang jelas serta berwibawa, bukan bersifat emosi dan menjadi tular tanpa asas yang kukuh," katanya ketika berucap pada Majlis Polemik Sejarah Malaysia (MPSM) sesi ke-44 bertemakan 'Institusi Diraja' di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai institusi diraja, beliau berkata institusi itu memainkan peranan yang begitu penting ketika negara berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu.
"Tanggungjawab untuk memelihara keamanan dan kedamaian serta rujukan atau 'semak dan imbang' terutamanya acap kali ditempatkan di bawah lindungan Yang di-Pertuan Agong di peringkat kebangsaan dan Raja-Raja di peringkat negeri," katanya.
Beliau berharap agar MPSM yang dianjurkan Arkib Negara kali ini dapat menghimpunkan buah fikiran dan titik pertemuan daripada pakar sejarah dan ahli akademik selain turut berharap pembentangan, perbincangan dan pandangan para peserta dapat membantu merungkai persoalan berkaitan 'Institusi Diraja'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020

Nancy berkata perdebatan atau polemik di media sosial adalah positif dan merupakan satu perkembangan yang baik.
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berhenti ganggu Zii Jia, ayuh! Raikan kemenangannya - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meminta semua pihak supaya berhenti seketika membangkitkan isu berkaitan pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia.

Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.

Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan
Ribuan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram mengalami gangguan pada Khamis.

Apartmen mewah milik Jackie Chan bakal dilelong
Hartanah itu kini diletakkan dalam laman web lelongan di negara itu.

Guna fakta sahih dalam isu sejarah yang dipolemikkan - Nancy
Masyarakat perlu menggunakan sumber yang sahih dan fakta yang betul dalam penulisan bagi memperoleh persamaan dan kebenaran dalam isu sejarah yang dipolemikkan.

Wartawan harus mahir isu-isu mengenai dasar kerajaan - Abang Johari
Wartawan di Sarawak harus mempunyai garis panduan mengenai etika dan cukup mahir mengenai isu-isu, terutama yang melibatkan dasar dan program kerajaan.

Tun Mahathir beri jaminan selesaikan isu teksi dalam tempoh terdekat - Perjiwa
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi isu-isu yang membelenggu pemandu teksi.

Isu kanak-kanak tanpa sijil lahir perlu dikaji - Aziz Jamman
Gesaan Sarawak supaya kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa sijil lahir di negeri itu perlu dikaji.

Kerajaan tidak lepas tangan isu kenaikan harga barang - Johari
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah lepas tangan dalam isu kenaikan harga barang.

Media Malaysia dan Indonesia perlu lebih strategik kukuhkan hubungan
Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, kata Ketua Delegasi Korps Alumni Himpunan Mahasiswa (KAHMI) Forever