KUALA LUMPUR: Penggunaan pendekatan 'hati ke hati' bagi mengasah bakat pemimpin masa depan perlu dipertimbang sebagai sebahagian pelan strategik untuk pelajar dengan keperluan pendidikan khas (SEN), kata Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia Nori Abdullah.
Beliau berkata dalam konteks ini, pendekatan hati ke hati bermaksud setiap keputusan dan tindakan adalah dibuat dengan teliti berdasarkan nurani manakala hasil yang diperoleh adalah berkualiti.
Ia turut mengamalkan perkara seperti belas kasihan, empati, bertimbang rasa, baik hati dan berkasih sayang yang bersifat sejagat serta tidak memerlukan seseorang menjadi penganut agama atau kepercayaan tertentu.
"... jika kita percaya pemimpin perlu memiliki sifat belas kasihan, empati dan keberanian serta kesedaran, kualiti sama perlu dipupuk dalam kalangan golongan muda.
"Secara definisi, anda tidak boleh memupuk (potensi pemimpin masa depan dalam kalangan orang muda) tanpa kualiti hati," katanya dalam ucaptama pada Simposium SEN Akademi Kiwanis Malaysia 2021 yang julung kali diadakan menerusi aplikasi Zoom semalam.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Salmah Jopri dan Pengerusi Akademi Kiwanis Malaysia Datuk Fatimah Saad.
Nori juga berkata bidang SEN perlu mengiktiraf guru yang menghargai kepentingan membina rangkaian dan hubungan dengan pelajarnya, bukan hanya dengan persamaan matematik atau formula sains.
"Kita memerlukan tenaga pendidik yang berkemahiran dan lebih berpengetahuan untuk mengajar semua jenis pelajar," katanya.
Beliau berkata Malaysia berdepan kekurangan guru serta pakar dalam subjek untuk murid berkeperluan khas dan masalah itu telah dikenal pasti oleh pakar SEN tempatan.
"Penanda aras (bilangan guru dan pakar SEN) di peringkat dunia ialah seorang bagi setiap empat murid, dan kita (Malaysia) berada pada tahap seorang guru bagi setiap 10 murid," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021

NORI: Jika kita percaya pemimpin perlu memiliki sifat belas kasihan, empati dan keberanian serta kesedaran, kualiti sama perlu dipupuk dalam kalangan golongan muda. - Bernama

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI